Xiaomi Mi 5 disahkan akan dilancarkan pada 24 Februari
Selepas penantian hampir 18 bulan, Xiaomi akhirnya telah mengesahkan bahawa telefon pintar utama syarikat ini iaitu Xiaomi Mi 5 akan dilancarkan secara rasmi pada 24 Februari ini.
Tarikh pelancaran ini telah disahkan oleh naib presiden kanan Xiaomi iaitu Wanqiang Li atau Liwan Jiang melalui akaun Weibo peribadi beliau.
Selain Xiaomi Mi 5 , Xiaomi juga dilihat akan melancarkan beberapa lagi peranti baru pada hari yang sama dan para peminat dan media yang hadir akan mendapat peluang untuk mencuba secara sendiri telefon pintar Mi 5 ini.
Selain itu, Wanqiang Li turut memberikan kita petunjuk bahawa lebih banyak maklumat mengenai majlis pelancaran Xiaomi Mi 5 ini akan didedahkan pada pada 26 Januari iaitu Selasa hadapan.
Xioami Mi 5 dilihat akan hadir dengan skrin paparan berukuran 5.2-inci dengan resolusi 1080 x 1920 dan akan ditawarkan didalam dua kapasiti RAM dan memori simpanan dalaman iaitu 3GB RAM/32GB ROM dan 4GB RAM/64GB ROM.
Selain itu, Xiaomi Mi 5 akan hadir dengan kamera 16MP pada bahagian belakang manakala kamera hadapan adalah 8MP.
Xiaomi Mi 5 akan juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,030mAh yang turut menyokong pengecasan pantas dan sistem operasi Android Marshmallow dengan MIUI 7.
Walaupun akan ditawarkan di pasaran China terlebih dahulu, kami berharap Xiaomi akan menawarkan Mi 5 ke pasaran antarabangsa dengan lebih segera kerana telefon pintar ini pasti akan menjadi telefon pintar idaman pengguna di seluruh dunia.