Dua model Asus ZenFone 3 telah dikesan di GFXBench
Tahun lalu Asus telah melancarkan beberapa model dibawah siri Asus ZenFone 2 dan tidak mustahil syarikat Taiwan ini akan meneruskan strategi yang sama bagi Asus ZenFone 3 tahun ini. Asus ZenFone 3 dijangka akan ditawarkan didalam beberapa versi dan ianya dikatakan akan dilancarkan pada suku kedua tahun 2016.
Sebelum pelancaran rasmi, Asus sudah pastinya akan menguji kebolehan telefon pintar terbaru mereka ini dan nampaknya dua model terbaru telefon pintar Asus telah dikesan di GFXBench yang memberikan kita maklumat paling penting kedua-dua model ini iaitu spesifikasinya.
Dua model yang telah dikesan ini hadir dengan nombor model Z010DD dan Z012D yang memberikan kita maklumat bahawa dua model ini adalah didalam satu siri yang sama.
Bercakap mengenai Asus Z010DD, ianya akan hadir dengan skrin paparan 720p berukuran 5.9-inci, pemproses Snapdragon 615 daripada Qualcomm dengan kelajuan 1.5GHz, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan hadir dengan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow.
Model kedua iaitu Asus Z012D pula hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 650 berkelajuan 1.7GHz, 3GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman dan Android Marshmallow.
Kedua-dua model telefon pintar Asus ini juga dijangka akan hadir dengan kamera 12MP atau 13MP.
Walaupun tidak dapat dipastikan akan siri bagi kedua-dua telefon pintar Asus ini namun dengan model terbaru bagi Asus adalah ZenFone 3 ianya mungkin menjadi antara model didalam siri yang sangat popular ini.