Muat turun Audio dan Video pada iPhone kini lebih mudah melalui MyMedia
Jika anda memiliki iPhone , pasti anda sedar bahawa memasukkan lagu kedalam telefon pintar anda satu pengalaman yang ngeri lebih-lebih lagi bagi mereka tidak tidak tahu untuk melakukanya.
Untuk memasukkan lagu kedalam iPhone, anda harus melakukanya melalui komputer dan tidak seperti peranti Android dimana anda boleh memuat turun secara terus kedalam galeri anda.
Walaubagaimanapun, kami telah menjumpai satu aplikasi yang dilihat mampu menawarkan anda kebebasan untuk memuat turun apa sahaja fail tidak kira lagu , video secara terus kedalam peranti iOS anda tanpa perlu melakukanya di komputer peribadi anda.
Aplikasi MyMedia ini telah lama ditawarkan di Apple App Store dan kami tidak pasti jika ramai pengguna iOS tahu akan kewujudan dan kelebihan yang dimiliki aplikasi ini.
MyMedia juga membolehkan anda mendengar lagu seperti pada aplikasi Music dan anda juga boleh membuka fail yang dimuat turun pada aplikasi yang lain seperi iMovie dan VLC.
Selain berfungsi sebagai aplikasi media, MyMedia juga boleh membuka dokumen Microsoft Word, Excel, Power point, pdf, txt, htm, html dan rtf.
Selain itu, sebagai langkah keselamatan atau melindungi fail anda, anda juga boleh meletakkan kata laluan sebelum akses kepada aplikasi ini diberikan.
Aplikasi MyMedia ini kini ditawarkan secara percuma di Apple App Store dan anda boleh membuat turunya pada pautan yang kami sertakan di bawah.