Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Maxis kini menawarkan Galaxy Note 5 ‘Pink’ melalui Zerolution

maxis zerolution samsung galaxy note 5 pink

Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa Samsung Galaxy Note 5 didalam warna merah jambu telah ditawarkan di Malaysia dan kini Maxis telah mula menawarkan warna baru ini melalui program pemilikan Zerolution.

Edisi terhad Galaxy Note 5 didalam warna merah jambu ini akan ditawarkan mulai 22 Januari dan dengan program Zerolution anda boleh memilikinya pada bayaran bulanan serendah RM 93.

Selain itu, Maxis juga akan menawarkan tambahan 12GB data internet secara percuma apabila anda memiliki mana-mana telefon pintar melalui program Zerolution namun hanya pelanggan yang melanggan pelan OnePlan 128 dan ke atas layak menerima kuota percuma ini.

Bagi pembelian yang dilakukan melalui kedai atas talian Maxis, anda juga akan menerima pengecas bateri ‘car charger’ Samsung.

Menyentuh sedikit mengenai spesifikasi yang dimiliki Samsung Galaxy Note 5, ianya hadir dengan skrin paparan Super AMOLED QHD berukuran 5.7-inci, pemproses Exynos 7420, 4GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Beralih kepada kamera pula, Samsung Galaxy Note 5 ini hadir dengan kamera utama CMOS 16MP dengan sokongan rakaman video 4K manakala kamera hadapan adalah 5MP.

Selain itu, seperti telefon pintar Galaxy Note yang lain, Galaxy Note 5 juga hadir dengan stylus s-pen yang kini lebih pintar dan mempunyai mekanisma pengeluaran automatik.

maklumat lanjut mengenai pelan Zerolution ini anda boleh melihatnya di SINI

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.