Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

kemungkinan Apple Watch 2 dilancarkan Mac ini adalah tipis

watch

Sebelum ini kita selalu mendengar berita bahawa Apple Watch akan dilancarkan sekitar bulan Mac 2016 namun satu laporan terbaru daripada laman teknologi terkemuka berkata setakat ini tiada sebarang tanda-tanda yang menunjukkan Apple Watch akan dilancarkan didalam masa terdekat.

Penganalisa Creative Strategies Ben Bajarin berkata bahawa rantaian pembekalan komponen tidak memberikan sebarang petunjuk satu peranti baru Apple akan dilancarkan tidak lama lagi. Ini kerana jika Apple mahu melancarkan sesuatu peranti baru pada suku pertama 2016, Apple sudah pasti mula membuat tempahan komponen pada penghujung tahun 2015.

Selain itu, laporan ini juga berkata bahawa tiada sebarang persediaan baru diambil dari pembangun aplikasi untuk memberikan kita petunjuk bahawa Apple Watch 2 akan dilancarkan didalam masa beberapa bulan ini.

Laporan ini sangat mengejutkan memandangkan baru beberapa hari lalu, khabar angin mengatakan bahawa ujian proses pengeluaran Apple Watch 2 akan bemula tidak lama lagi dan memberikan kita keyakinan bahawa pelancaran jam pintar baru ini akan berlangsung didalam masa 2 bulan.

Apple Watch 2 juga dijangka akan dikeluarkan oleh Quanta dan beberapa hari lalu terdapat juga satu gambar yang mungkin telah mendedahkan reka bentuk jam pintar ini.

Kata-kata mengenai pelancaran Apple Watch 2 semakin hangat dan ini adalah selepas Apple baru sahaja mula menawarkan Apple Watch di Malaysia dengan harga penjualan bermula dari RM 1,599.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.