Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

EX Watch dilancarkan didalam dua versi – dari RM 399

EX Watch dilancarkan didalam dua versi - dari RM 399 1

image

Minggu lalu, EXMobile secara rasminya telah melancarkan telefon pintar Volte 2 dan jam pintar EX Watch yang masing-masing mempunyai harga penjualan RM 549 dan RM 399.

Bercakap mengenai EX Watch, jam pintar ini akan memasuki pasaran tempatan pada suku pertama 2016 bermaksud kita akan dapat menyaksikan telefon pintar ini dijual di sini sebelum penghujung bulan Mac.

Beralih kepada spesifikasi EX Watch, jam pintar ini hadir dengan skrin paparan HD IPS bulat berukuran 1.22-inci, pemproses MT2502A daripada MediaTek, 128MB RAM, 32MB memori simpanan dalaman ( menyokong slot microSD) dan bateri berkapasiti 350mAh.

Jam pintar EX Watch ini hadir dengan banyak ciri seperti pedometer, sensor kadar degupan jantung, anti-kehilangan, merekod waktu tidur dan mempunyai pensijlan kalis air dan habuk IP65.

EX Watch hadir didalam reka bentuk berasaskan keluli dan terdapat dua jenis tali jam yang ditawarkan iaitu tali jam kulit dan tali jam besi.

EX Watch dengan tali jam kulit akan mula ditawarkan di Malaysia pada suku pertama 2016 dengan harga penjualan RM 399.

Ianya akan ditawarkan didalam beberapa warna iaitu perak, hitam , emas ros , biru dan emas.

Bagi EX Watch dengan tali besi pula, ianya dijangka akan memasuki pasaran Malaysia selepas beberapa bulan penjualan EX Watch versi tali kulit dan mungkin bergantung kepada respon pengguna terhadap versi tali kulit.

EX Watch dengan tali besi dijangka akan dijual pada harga sekitar RM 499-RM 550.

image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.