Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

EXMobile secara rasminya melancarkan Volte 2 dan EX Watch

EXMobile secara rasminya melancarkan Volte 2 dan EX Watch 1

image_5276831648

EXMobile secara rasminya telah melancarkan siri telefon pintar Volte dan jam pintar EXWatch di pasaran Malaysia

Nama EXMobile mungkin sesuatu yang anda jarang dengar namun jenama ini telah mula diperkenalkan di pasaran Malaysia kira-kira 6 tahun lalu dan sebanyak 100 model telefon telah dilancarkan. EXMobile juga mempunyai 10 pusat perkhimatan pelanggan seluruh negara.

Selain itu, EXMobile juga telah memperkenalkan selebriti internet terkemuka tempatan iaitu MR.GST ‘Gee Tein Long’ sebagai duta siri telefon pintar Volte manakala Rashid Sidek turut diperkenalkan sebagai duta jenama EXMobile Malaysia.

Sempena tahun baru 2016, EXMobile dilihat akan lebih agresif didalam pasaran tempatan dan buat permulaan EXMobile secara rasminya melancarkan telefon pintar Volte 2 dan jam pintar EX Watch ke pasaran tempatan.

VoLte 2 yang hadir dengan reka bentuk gelas melengkung 2.5D pada bahagian hadapan dan belakang dengan lapisan teknologi ‘nano coating’

Beralih kepada spesfikasi model ini, VoLte 2 hadir dengan skrin paparan IPS HD berukuran 5.0-inci dengan resolusi 1280 x 720 yang memberikan kepadatan piksel 320ppi.

Selain itu. VoLte 2 juga hadir dengan pemproses 64-bit MediaTek 6735A, GPU Mali T720, 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman ( dibekalkan oleh Samsung), bateri berkapasiti 2,200mAh dan sistem operasi Android 5.1 Lollipop.

Beralih kepada unit kamera yang dimiliki oleh VoLte 2 ini, ianya hadir dengan kamera utama 13MP dengan aperture f/2.2 dan lampu Flash LED manakala kamera hadapan yang dimiliki telefon pintar ini adalah 5MP. Kedua-dua unit kamera ini dibekalkan oleh Sony.

Ciri-ciri lain yang dimiliki oleh VoLte 2 ini adalah Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, USB OTG, sokongan kad microSD sehingga 64GB, dwi-SIM 4G LTE dan pembesar suara dengan teknologi Yamaha HiFi YDA 165 dengan DTS Dolby.

VoLte 2 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu warna biru pekat, emas dan putih dengan harga penjualan RM 549 dan boleh dibeli melalui wakil pengedar sah EXMobile dan juga melalui Lazada Malaysia di SINI

beralih kepada jam pintar EX Watch, jam pintar ini hadir dengan skrin paparan  HD IPS bulat berukuran 1.22-inci, pemproses MT2502A daripada MediaTek, 128MB RAM, 32MB memori simpanan dalaman ( menyokong slot microSD) dan bateri berkapasiti 350mAh.

Jam pintar EX Watch ini hadir dengan banyak ciri seperti pedometer, sensor kadar degupan jantung, anti-kehilangan, merekod waktu tidur dan mempunyai pensijlan kalis air dan habuk IP65.

EX Watch hadir didalam reka bentuk berasaskan keluli dan terdapat dua jenis tali jam yang ditawarkan iaitu tali jam kulit dan tali jam besi.

EX Watch dengan tali jam kulit akan mula ditawarkan di Malaysia pada suku pertama 2016 dengan harga penjualan RM 399.

Ianya akan ditawarkan didalam beberapa warna iaitu perak, hitam , emas ros , biru dan emas.

selain itu, EXMobile turut mendedahkan bahawa satu model telefon pintar utama akan dilancarkan tidak lama lagi. telefon pintar ini akan hadir dengan skirn paparan QHD, pemproses octa-core , 4GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman, bateri berkapasiti 4000mAh dengan teknologi pengecasan pantas , kamera utama 16MP dengan OIS dan kamera selfie 8MP.

image_5277893072 image_5278201408 image_5278182816 image_5277324720 image_5277904672 image_5277901632 image_5276000992 image_5277895248 image_5278198400 image_5275997840

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.