Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

217,000 orang menandatangani petisyen mahu Apple menyertakan slot 3.5mm pada iPhone 7

apple iphone 7

Apple dikatakan telah membuat keputusan untuk membuang slot 3.5mm headphone pada generasi iPhone yang seterusnya dan tujuan Apple hadir dengan idea ini adalah untuk menjadikan telefon pintar Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus sebagai model pertama iPhone yang kalis air.

Walaupun belum disahkan secara rasmi, terlalu banyak khabar angin yang memberikan kita kemungkinan tinggi bahwa Apple telah membuat keputusan untuk membuang slot 3.5mm ini.

Penyingkiran slot 3.5mm earphone ini sudah pasti mendapat tentangan ramai pihak dan sebelum Apple membuat pengumuman rasmi Apple iPhone 7 dan iPhone 7 Plus didalam masa beberapa bulan sahaja lagi, terdapat satu usaha daripada ramai pengguna Apple untuk memaksa Apple mempertimbangkan semula penyingkiran teknologi ini.

Satu petisyen melalui laman ‘Some of Us’ telah meminta Apple untuk mempertimbangkan semula keputusan untuk membuang slot 3.5mm ini dan tajuk petisyen ini adalah : “Apple is about to rip off every one of its customers. Again.”.

Petisyen ini hadir dengan beberapa sebab yang munasabah dimana penulis petisyen ini mendakwa bahawa jika slot ini dibuang, pengguna Apple iPhone harus membeli peralatan baru dan disebabkan ini lebih banyak barangan elektronik akan dibuang dan terdapat kemungkinan 90% ianya tidak akan dikitar semula.

Ketika kami menulis laporan ini, sebanyak 217,058 orang telah menandatangi petisyen ini dan kami juga tidak yakin Apple akan memberikan sebarang respon mengenai isu ini.

Anda juga boleh menandatangani petisyen ini di SINI

sumber

 

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.