Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

CES 2016 : Lenovo Vibe S1 Lite dilancarkan secara rasmi

lenovo-vibe-s1-lite-1s

Lenovo secara rasminya telah mengumumkan telefon pintar Lenovo Vibe S1 Lite yang merupakan versi lebih murah daripada Lenovo Vibe S1 yang asli namun tidak banyak spesifikasi yang berubah.

Lenovo Vibe S1 hadir dengan skrin paparan IPS 1080p berukuran 5.0-inci, pemproses MediaTek MT6753 berkelajuan 1.3GHz, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dan sokongan 4G LTE meliputi seluruh rangkaian dan negara.

Selain itu, Lenovo Vibe S1 Lite ini dilihat memfokuskan kepada pengambilan gambar selfie dan ianya hadir dengan kamera hadapan 8MP daripada Sony dengan flash. Selain itu, kamera belakang yang dimiliki telefon pintar ini adalah 13MP dengan PDAF dan lampu flash Led

Selain itu, Lenovo Vibe S1 Lite hadir dengan bateri berkapasiti 2,700mAh dan ianya turut mempunyai ukuran dimensi 145 x 71 x 8.6mm dengan berat 129gram.

Bercakap mengenai sokongan 4G LTE Vibe S1 Lite ini, ianya menyokong LTE Cat.4 dengan hampir 10 jenis band selain sokongan band 2G dan 3GB. Selain itu, Vibe S1 Lite juga hadir dengan Bluetooth 4.0, Wi-Fi 802.11 b/g/n, GPS dengan A-GPS dan Radio FM.

Lenovo Vibe S1 Lite juga hadir dengan slot microSD yang menyokong tambahan memori 32GB dan beroperasi berasaskan Android 5.1 Lollipop.

Lenovo Vibe S1 Lite akan ditawarkan mulai pertengahan atau penghujung bulan ini pada harga $199 iaitu sekitar RM 862 sahaja.

Lenovo Vibe S1 ini akan dipamerkan di CES 2016 yang akan bermula esok di Las Vegas

lenovo-vibe-s1-lite-2 lenovo-vibe-s1-lite

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.