Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lakaran 3D Apple iPhone 6c ini sangat memukau!

Apple iphone 6c ferry passchier

Apple telah diperkatakan akan melancarkan satu lagi model mini telefon pintar iPhone yang mana pada satu waktu dilaporkan sebagai iPhone 6c kemudian juga dilaporkan sebagai iPhone 7c.

Walau apa pun nama iPhone ini, ianya dilaporkan akan hadir dengan skrin paparan 4-inci, pemproses Apple A9, 1GB RAM dan dengan reka bentuk premium berasaskan besi yang sama seperti Apple iPhone 6s.

Berinspirasikan Apple iPod Touch, artist lakaran Ferry Passchier telah mengeluarkan beberapa lakaran model Apple iPhone 6c berasaskan besi dan ianya hadir dengan beberapa warna yang sama seperti ditawarkan pada iPod Touch.

Apple iPhone 6c yang lakar oleh Ferry Passchier hadir didalam warna kelabu, perak, emas, merah jambu dan biru selain warna popular pada tahun 2015 iaitu warna emas ros.

Selain itu, Apple iPhone 6c atau 7c ini juga dikatakan akan dilancarkan lebih awal iaitu pada bulan Mac 2016 iaitu bersama-sama generasi kedua Apple Watch yang akan hadir dengan reka bentuk baru.

Dibawah ini anda boleh dilihat kesemua gambar lakaran iPhone 6c/7c yang telah di lakar oleh Ferry Passchier yang sangat menarik.

Warna manakah yang paling anda gemari daripada kesemua lakaran iPhone 6c yang telah dikeluarkan oleh Ferry Passchier ini.

kongsikan jawapan anda bersama kami di ruang komen di bawah.

sumber

imageimage image image image image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.