Huawei Malaysia memulakan program kitar semula telefon pintar
Huawei Honor dilihat sedang menguji satu program dimana pengguna boleh menukarkan telefon pintar mereka yang lama kepada bauchar yang boleh digunakan untuk membeli akesori atau telefon pintar honor.
Huawei memulakan program ini untuk melupuskan telefon pintar lama anda dengan cara yang lebih baik dan dilakukan dengan kerjasama syarikat LTG.
Prosedur untuk menukarkan peranti lama anda kepada kod bauchar Honor ini adalah sangat mudah iaitu hanya 5 langkah yang perlu dilakukan.
Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah memilih jenama dan model telefon pintar yang anda mahu tukarkan kepada kod bauchar ini. Sebanyak 11 jenama telefon pintar diterima dan lebih banyak model akan ditambah dari semasa ke semasa.
Langkah kedua adalah memberikan maklumat keadaan telefon pintar ini. Terdapat tiga kategori iaitu didalam keadaan baik, keadaan yang berfungsi namun dengan sedikit kerosakan kosmetik dan tidak berfungsi.
Berdasarkan keadaan ini, Huawei akan memberikan anda nilai telefon pintar tersebut dan jika anda setuju anda boleh ke langkah seterusnya.
Langkah ketiga adalah memasukan maklumat peribadi dan ID vmall anda. Anda wajib memasukan ID vmall anda untuk membolehkan Huawei mengkreditkan bauchar kedalam akaun tersebut.
Kos penghantaran adalah percuma jika anda nilai telefon pintar anda melebih RM 40 jika tidak anda harus menghantar sendiri ke Ibu pejabat LTG Technology.
Langkah keempat adalah anda mengesahkan segala maklumat yang diberikan adalah tepat sebelum menyelesaikan proses pendaftaran anda.
Langkah kelima menandakan anda telah selesaikan melakukan pendaftaran dan pihak Huawei akan menghantar orang untuk mengambil telefon pintar yang didaftarkan dari anda mengikut waktu dan tarikh yang dipilih oleh anda.
Maklumat lanjut boleh anda lihat di SINI