Apple iPhone 7 tidak akan mempunyai jalur plastik Antena
Sebelum ini kami pernah melaporkan bahawa Apple mungkin akan menyertakan kebolehan kalis air dan habuk untuk iPhone 7 dan iPhone 7 Plus yang akan dilancarkan pada bulan September 2016.
Maklumat ini kini disahkan lagi melalui satu khabar angina dari China, negara yang akan mengilangkan Apple iPhone 7.
Kedua-dua model iPhone 7 dikatakan akan hadir dengan teknologi kalis air dan model ini uga akan hadir dengan satu bahan kompaun baru yang membolehkan mereka menyembunyikan antena tanpa menggunakan jalur plastik.
Kompaun baru ini membolehkan Apple mempunyai lebih banyak kebebasan didalam proses reka bentuk telefon pintar mereka ini.
Selain itu, sebanyak 30 hingga 35 peratus chasis Apple iPhone 7 akan dikeluarkan oleh Catcher Technology yang merupakan pembekal chasis terbesar bagi Apple. Maklumat ini juga telah dikeluarkan oleh firma kajian yang mengkaji unjuran penjualan masa hadapan syarikat Catcher.
Selain itu, kata-kata Apple akan hadir dengan telefon kalis air pasti akan membuat ramai peminat Apple teruja kerana jika menjadi kenyataan, ini akan menjadi kali pertama didalam sejarah Apple iPhone akan hadir dengan teknologi kalis air.
Bagi pengguna Android, produk kalis air bukanlah sesuatu yang baru memandangkan banyak syarikat pengeluar telefon pintar telah melancarkan model telefon pintar mereka dengan telnologi kalis air dan habuk.
Walaupun telah diperkatakan banyak kali, selagi Apple belum mengesahkan secara sendiri teknologi ini, adalah selamat untuk kita meletakkan berita ini sebagai satu khabar angin.