Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lenovo K4 Note akan hadir dengan 3G RAM dan NFC

Lenovo K4 Note akan hadir dengan 3G RAM dan NFC 1

image

Lenovo secara rasminya telah mengesahkan bahawa telefon pintar terbaru mereka yang akan dilancarkan awal tahun hadapan akan hadir dengan sensor capjari dan ciri komunikasi NFC ( Near Field Communication)

Pendedahan terbaru ini telah dibuat melalui akaun Twitter Lenovo India dan maklumat ini menyusul selepas minggu lalu Lenovo mengesahkan ianya akan hadir dengan 3GB RAM.

Lenovo K4 Note dikatakan akan hadir dengan pemproses Helio X10 daripada MediaTek dan ianya akan juga hadir dengan reka bentuk yang sangat berkualiti tinggi ( berasaskan keluli) dan tidak lupa sensor capjari yang sudah menjadi satu ciri wajib pada telefon pintar sekarang.

Seperti K3 Note, Lenovo K4 Note juga akan hadir dengan harga penjualan yang berpatutan dan harapan diletakkan kepada Lenovo untuk membawa masuk telefon pintar ini secara rasmi ke pasaran Malaysia.

Pengganti Lenovo K3 Note akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Januari 2016 dan akan diadakan di New Delhi, India.

Pelancaran di India memberikan kita bukti bahawa telefon pintar ini akan ditawarkan terlebih dahulu di sana sebelum ke pasaran lain selepas itu.

Bercakap mengenai harga penjualan, Lenovo K4 Note akan hadir dengan harga penjualan yang berpatutan iaitu sama seperti K3 Note yang mendapat sambutan menggalakkan.

persoalan mengenai penawaran Note K4 di Malaysia masih menjadi tanda tanya memandangkan Lenovo K3 Note juga tidak memasuki pasaran tempatan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.