Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

UMNO melancarkan telefon pintar mereka yang tersendiri – RM888

Telefon pintar umno chilli mobile

Perhimpunan Agung Umno 2015 telah memberikan kita sesuatu yang tidak pernah kita atau kemungkinan besar anda juga terfikir bahawa perkara ini akan berlaku.

UMNO secara rasminya telah melancarkan satu telefon pintar yang mempunyai tema UMNO.

Telefon pintar UMNO ini hadir dengan aplikasi khas yang membolehkan lambang UMNO digunakan sebagai ‘pelancar permulaan’, ‘skrin kekunci’ dan ‘imej latar’ selain satu lambang UMNO pada bahagian belakang telefon pintar ini.

Telefon pintar UMNO ini hadir dengan skrin paparan IPS HD berukuran 5.5-inci, pemproses quad-core, 2GB RAM, memori simpanan dalaman 16GB, dan bateri berkapasiti 2500mAh.

Selain itu, dari segi kamera pula telefon pintar UMNO ini hadir dengan kamera utama 13 megapiksel , kamera selfie 5 megapiksel.

Antara ciri lain yang disertakan pada telefon pintar UMNO ini adalah sokongan 4G LTE, slot dwi-SIM dan sistem operasi Android 5.0 Lollipop.

Dari segi rekabentuk, telefon pintar UMNO ini dilhaf memiliki satu butang fizikal ‘home’ pada bahagian hadapan didalam warna hitam dan panel belakang yang berasaskan plastik yang turut menempatkan kamera dan flash LED

Telefon pintar ini dibangunkan untuk mengembangkan idea bahawa badan-badan korporat, organisasi, kelab, koperasi, yayasan serta badan-badan kerajaan dan swasta boleh mengeluarkan telefon pintar dengan jenama mereka yang tersendiri.

UMNO mungkin menjadi parti politik pertama didunia untuk memperkenalkan telefon pintar dan model ini ditawarkan pada harga RM 888.

Umno smartphone

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.