Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Reka Bentuk Galaxy S7 mungkin sama seperti S6

Reka Bentuk Galaxy S7 mungkin sama seperti S6 1

galaxy s6
Jika anda menantikan Samsung Galaxy S7 yang bakal menjelang tiba awal tahun hadapan kami ingin mengatakan bahawa model Galaxy S7 ini tidak akan mempunyai reka bentuk yang berbeza apabila dibandingkan dengan model Galaxy S6.

Menurut laporan terbaru dari Korea, Samsung bercadang mengekalkan reka bentuk Galaxy S7 sama seperti Galaxy S6 dan lebih mengutamakan kepada peningkatan prestasi keseluruhan selain kualiti skrin paparan dan kamera yang lebih baik.

Samsung sedar bahawa kombinasi harga dan spesifikasi yang baik adalah resepi untuk berjaya didalam pasaran yang kini semakin mencabar ini khususnya selepas siri Galaxy J Samsung merupakan pasaran yang yang telah menjadikan Samsung meningkatkan lagi penggangan pasaran tahun ini.

Disebabkan ini Samsung dikatakan akan lebih memfokuskan kepada kekuatan pemprosesan pada Galaxy S7 yang dijangka akan hadir dengan pemproses Samsung Exynos 8890 yang baru-baru ini telah mencapai mata melebih 100,000 pada ujian AnTuTu.

Samsung Galaxy S7 bersama-sama Galaxy S7 Edge dijangka akan dilancarkan di MWC 2016 yang akan diadakan di Barcelona pada bulan Februari tahun hadapan dan majlis pelancaran Samsung Unpacked 2016 dijangka akan diadakan pada 21 Februari 2016.

Samsung Galaxy S7 juga akan hadir didalam satu versi yang mempunyai pemproses Snapdragon 820 dan ianya akan dijual dipasaran terpilih sahaja.

Bagi pasaran Malaysia, kemungkinan besar kita akan menerima versi Galaxy S7 yang hadir dengan pemproses Exynos 8890.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.