Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Acer Liquid X2 akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

acer-liquid-x2-malaysia-5

Ketika pelancaran telefon pintar Acer siri Liquid Z, Acer Malaysia turut mengumumkan satu lagi model telefon pintar mereka iaitu Acer Liquid X2 yang merupakan telefon pintar utama syarikat ini.

Acer Liquid X2 ini akan hadir dengan skrin paparan IPS HD berukuran 5.5-inci, pemproses octa-core 64-bit, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Selain itu, model utama Acer ini juga akan hadir dengan kamera utama 13MP f/1.8 dengan lampu LED flash dan lebih menarik, Acer akan menyertakan unit kamera yang sama pada kamera selfie dan tidak lupa juga flash LED.

Selain itu, Acer Liquid X2 akan hadir dengan sokongan tiga SIM yang menjadikan antara telefon pintar pertama di pasaran untuk menawarkan pengunaan tiga SIM pada satu telefon.

Acer Liquid X2 juga akan hadir dengan slot microSD, sokongan 4G LTE, UI Acer Liquid dan Acer FLOAT yang berasaskan Android 5.1 Lollipop.

Acer Liquid X2 juga juga akan disertakan dengan satu perkakas flip cover yang mempunyai UI nya yang tersendiri.

Acer Liquid X2 dijangka akan ditawarkan didalam dua warna iaitu emas dan hitam.

Walaupun telah mengumumkan model ini, pihak Acer Malaysia tidak menyatakan sebarang maklumat mengenai harga dan tarikh penjualan model Acer Liquid X2 namun model ini juga dijangka mempunyai harga penjualan yang berpatutan seperti model didalam siri Liquid Z yang dilancarkan hari ini.

acer-liquid-x2-malaysia acer-liquid-x2-malaysia-2 acer-liquid-x2-malaysia-3acer-liquid-x2-malaysia-6 acer-liquid-x2-malaysia-7 acer-liquid-x2-malaysia-8

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.