Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Konsep Apple iPhone 7 yang berdasarkan BlackBerry Priv

apple iphone 7 concept-2

Apple secara rasminya telah melancarkan Apple iPhone 6s kira-kira dua bulan lalu dan belum apa-apa lagi, ramai pakar teknologi sudah mula memandang kehadapan kepada Apple iPhone 7 yang akan dilancarkan pada tahun 2016.

Walaupun hakikat sebenarnya tiada siapa yang boleh menetapkan reka bentuk Apple iPhone 7 ini kecuali pakar dari Apple, ini tidak menghalang beberapa artis untuk memberikan lakaran konsep Apple iPhone 7.

Konsep Apple iPhone 7 ini atau iPhone 6K yang dinamakan pemilik lakaran konsep ini iaitu Curved Labs adalah satu produk yang lebih kepada fantasi berbanding realiti namun tidak salah untuk kita melihat dengan lebih teliti akan model konsep ini.

Model konsep Apple iPhone 7 ini dinspirasikan daripada satu model telefon pintar daripada syarikat jiran mereka iaitu BlackBerry.

Berdasarkan BlackBerry Priv yang dilancarkan baru-baru ini, Curved Labs telah mengeluarkan konsep Apple iPhone 7 ini dengan papan kekunci fizikal yang boleh ditolak dan ditarik apabila diperlukan.

Konsep Apple iPhone 7 ini dilihat menarik kerana setiap papan kekunci ini juga akan mempunyai warna mengikut warna model yang dipilih mereka.

Dengan keadaan BlackBerry yang tenat, adalah tidak tepat untuk membuat satu lakaran konsep berdasarkan syarikat mungkin tidak wujud didalam masa satu atau dua tahun lagi kecuali BlackBerry Priv yang mana konsep ini bersadarkan membantu syarikat ini menjual hampir 5 juta unit BlackBerry tahun hadapan.

tontoni video dibawah untuk melihat kesemua model Apple iPhone 6K ini

apple iphone 7 concept apple iphone 7 concept-1 apple iphone 7 concept-3

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.