Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gambar Vivo X6 Plus kini dipaparkan di TENAA

vivo x6 plus tenaa-5

Vivo akan melancarkan generasi baru telefon pintar mereka iaitu Vivo X6 pada 30 November ini dan Vivo juga telah mengesahkan model ini mungkin dilancarkan bersama-sama model yang lain dan model ini adalah Vivo X6 Plus.

Sebelum ini Vivo X6 Plus ini telah membuat lawatan ke agensi telekomunikasi TENAA yang sedikit sebanyak telah mendedahkan spesifikasi model ini namun tiada gambar yang disertakan ketika itu.

Walaubagaimanapun, TENAA telah mengemaskini penyenaraian model ini dan kini telah menyertakan gambar Vivo X6 Plus ini. Selain itu, kita juga sudah sedia maklum bahawa Vivo X6 Plus ini akan mempunyai dua versi iaitu X6 Plus L dan X6 Plus D dan kini terdapat satu lagi model didalam siri X6 Plus iaitu X6 Plus A namun tiada sebarang maklumat spesifikasi dan gambar di senaraikan di TENAA.

Vivo X6 Plus dijangka akan hadir dengan skrin paparan QHD berukuran 5.7-inci ( sesuatu yang pelik bagi model Plus memiliki skrin paparan lebih kecil berbanding model Vivo X6), pemproses MediaTek Helio X20, 4GB RAM, 64 GB memori simpanan dalaman, kamera utama 21MP, kamera hadapan 12MP, sensor cap jari dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

Selain kesemua model Vivo X6 dan X6 Plus, terdapat juga kemungkinan Vivo memperkenalkan beberapa lagi model Vivo yang lain untuk melengkapkan portfolio telefon pintar mereka bagi tahun 2016.

sumber

vivo x6 plus tenaa-4 vivo x6 plus tenaa-1 vivo x6 plus tenaa-3 vivo x6 plus tenaa-2

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.