Samsung Galaxy A9 dikesan di GeekBench
Siri Samsung Galaxy A dilihat akan menerima satu lagi model baru yang akan diposisikan sebagai model paling atas didalam siri A ini.
Selain pelancaran generasi kedua Galaxy A3 dan Galaxy A5 2016, pelancaran Galaxy A9 juga membuktikan Samsung masih komited untuk memberikan model yang lebih baik pada harga yang lebih berpatutan.
Samsung Galaxy A9 kini telah dikesan di ujian GeekBench dan ianya memiliki nombor model SM-A9000.
Kemasukan pada pangkalan data GeekBench ini telah menyusul selepas Samsung Galaxy A9 dikesan di pangkalan data import/export India melalui Zauba.
Samsung Galaxy A9 ini dijangka akan hadir dengan skrin paparan 5.5-inci atau 6.0-inci, pemproses Snapdragon 620, 3GB RAM dan 32GB RAM.
Selain itu, Samsung Galaxy A9 juga dijangka akan hadir dengan Android 5.1 Lollipop dan bateri berkapasiti melebihi 3,000mAh
Selain itu, satu model lagi model didalam siri A ini iaitu Samsung Galaxy A7 juga dijangka akan dilancarkan bersama-sama kesemua model didalam siri Galaxy A 2016 ini.
Dengan pelancaran model baru A9 ini, Samsung akan mempunyai generasi baru bagi kesemua model didalam siri Galaxy A ini kecuali bagi Galaxy A8 yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini.
Pelancaran kesemua model didalam Siri Galaxy A bagi tahun 2016 dijangka akan diadakan sebelum penghujung tahun ini iaitu sebelum pelancaran Samsung Galaxy S7 yang dijangka akan dilancarkan pada bulan Februari 2016.