Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus VivoWatch dibuka untuk tempahan – RM799

Asus vivowatch malaysia all it hypermarket
Asus Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa tempahan bagi jam pintar Asus VivoWatch telah dibuka di Malaysia dengan harga penjualan RM 799

Asus VivoWatch ini hadir dengan sokongan bagi peranti Android dan peranti iOS dan ianya dilengkapi banyak ciri yang baik seperti perekod kadar degupan jantung 24jam, perekod kualiti tidur anda dan merupakan peranti kalis air dan habuk dengan pensijilan IP67.

Ianya hadir dengan skrin paparan berwarna 128×128 dengan perlidungan Corning Gorilla Glass 3, sensor UV, sensor degupan jantung optikal dengan teknologi Asus VivoPulse, bateri yang mampu bertahan sehingga 10 jam dan hanya memerlukan pengecasan selama 1-2 jam.

Tempahan bagi Asus VivoWatch kini sudah boleh di lakukan kedai elektronik All IT Hypermarket.

Berikut adalah lokasi kedai All IT Hypermarket yang menerima tempahan bagi Asus VivoWatch ini.
• Ikano Power Center
• IOI City Mall
• Low Yat Plaza
• PJ Digital Mall
• Suria KLCC

Bagi pasaran antarabangsa, Asus VivoWatch mempunyai harga penjualan $150 iaitu sekitar RM 639 dan sebagai perbandingan harga penjualan rasmi di Malaysia adalah RM 799.

Bagi 50 orang pertama yang menempah Asus VivoWatch ini, mereka akan menerima powerbank Asus ZenPower 10,050mAh secara percuma

Asus VivoWatch dijangka akan mula dihantar kepada pengguna selepas tempoh tempahan ini ditutup dan kami pasti lebih banyak maklumat mengenai jam pintar Asus VivoWatch ini akan dikeluarkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.