Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Mengumumkan teknologi kamera BRITECELL

Samsung Mengumumkan teknologi kamera BRITECELL 1

Samsung_Galaxy_S7-camera-1

Samsung Galaxy S7 yang akan dilancarkan tidak lama lagi nampaknya akan hadir dengan teknologi kamera yang baru apabila syarikat gergasi Korea ini telah mengesahkan bahawa ianya telah membangunkan teknologi kamera BRITECELL. Samsung telah mengesahkan perkara ini di satu forum pelabur awal minggu ini namun ianya tidak disahkan samada kamera ini akan disertakan pada Galaxy S7.

Samsung berkata kamera BRITECELL ini hadir dengan piksel micron yang sangat kecil dan ruang yang diperlukan pada rangka telefon pintar adalah lebih kecil. Selain itu, ketinggian kamera BRITECELL juga adalah 17% lebih rendah berbanding teknologi kamera sekarang dan ianya dicapai tanpa sebarang kekurangan pada kualiti gambar.

Kamera BRITECELL juga dilihat mampu mengambil gambar yang lebih berkualiti tinggi terutamanya pada keadaan cahaya yang rendah. Selain itu, sebagai pelengkap kepada kamera BRITECELL ini, Samsung juga telah membangunkan perisian kamera yang akan meningkatkan lagi ketepatan dan kepantasan pemfokusan auto.

Walaubagaimanapun, buat masa ini masih tiada sebarang pengesahan kamera BRITECELL ini akan disertakan pada Samsung Galaxy S7 dan Samsung mungkin memilih untuk menggunakan unit kamera terkini daripada Sony namun kami yakin Samsung akan melakukan yang terbaik untuk menyertakan teknologi kamera yang sendiri ini.

Persoalan besar yang timbul adalah samada Samsung mampu mengeluarkan jumlah modul kamera ini dengan skala yang besar didalam masa terdekat kerana Samsung Galaxy S7 dijangka akan dilancarkan pada awal tahun hadapan.

sumber

samsung BRITECELL camera s7-3 samsung BRITECELL camera s7-2 samsung BRITECELL camera s7-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.