Tempahan Samsung Gear S2 ditutup – stok habis dalam 16 jam
Samsung Malaysia telah mengumumkan bahawa jam pintar Samsung Gear S2 yang dibuka untuk tempahan awal pagi tadi telah habis ditempah.
Sebanyak 500 unit Gear S2 yang ditawarkan didalam kempen tempahan ini telah habis dijual dan setiap model ini Gear S2 ini hadir dengan harga istimewa iaitu 20% lebih murah daripada harga penjualan asal.
Secara keseluruhanya, penjualan Gear S2 hanya mengambil masa 16 jam untuk habis ditempah dengan harga penjualan model ini selepas potongan diskaun 20% adalah RM 1,119 manakala Gear S2 Klasik pula dijual pada harga RM 1,279.
Tempahan Gear S2 yang biasa ataupun yang klasik juga akan menerima dok pengecasan tanpa wayar secara percuma.
Bagi anda yang tidak berjaya membeli Gear S2 semasa tempoh tempahan ini, anda boleh mendapatkanya di semua pengedar Samsung mulai 27 November ini.
Gear S2 biasa akan hadir didalam dua warna iaitu warna putih dan kelabu dengan harga penjualan RM 1,399.
Gear S2 Klasik pula akan ditawarkan dengan tali berasaskan kulit asli dan didalam warna hitam sahaja. Model Gear S2 ini akan mempunyai harga penjualan RM 1,599.
Jam pintar Gear S2 yang mendapat sambutan hangat ini pasti akan membuatkan Samsung optimistik peranti ini akan berjaya menambat hati pengguna di pasaran Malaysia yang sangat kompetetif ini.