Vivo X6 disahkan akan dilancarkan pada 30 November ini
Vivo akhirnya telah mengesahkan bahawa model telefon pintar terbaru mereka iaitu Vivo X6 akan dilancarkan secara rasmi pada 30 November 2015.
Syarikat ini telah memuat turun gambar satu gambar ( melalui akaun Weibo China) yang memberikan kita tarikh pelancaran Vivo X6 . dalam pada itu, lewat malam semalam, Vivo juga telah mengesahkan bahawa Vivo X6 akan memiliki teknologi pengecasan pantas.
Sebelum ini, Vivo juga telah mendedahkan sedikit sebanyak maklumat mengenai telefon pintar ini iaitu ianya akan hadir dengan 4GB RAM, sensor capjari, 3 jenis warna, dan fungsi ‘split-screen’.
.Selain itu, Vivo X6 juga dijangka akan memiliki spesifikasi berikut ( walaupun belum disahkan secara rasmi) skrin paparan QHD 6.0-inci, pemproses Helio X10, 1GB RAM khas untuk pemprosesan grafik, bateri berkapasiti 4,000mAh, kamera utama 21MP, kamera selfie 12MP, 32GB memori simpanan dalaman dan kenipisan 4.0mm
Dengan pengesahan ini, minggu hadapan akan menjadi antara minggu yang sibuk di China kerana Xiaomi,Vivo dan Huawei akan melancarkan produk terbaru mereka.
Xiaomi akan melancarkan Redmi Note 2 Pro dan berkemungkinan memperkenalkan Xiaomi Mi 5 pada 24 November sebelum Huawei pula melancarkan Huawei Mate S pada 26 November sebelum Vivo melancarkan Vivo X6 pada penghujung bulan ini.
berikut adalah beberapa gambar yang diambil dari akaun Weibo Vivo dan gambar-gambar ini mungkin berkait secara langsung atau tidak langsung dengan Vivo X6