Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo X6 disahkan hadir dengan teknologi pengecasan pantas

vivo x6 malaysia

Telefon pintar terbaru Vivo X6 yang belum dilancarkan lagi ini boleh dikatakan sentiasa menghiasi semua laman sesawang teknologi dan perkara ini dilihat masih belum ada penamatnya.

Vivo seperti biasa melalui akaun Weibo mereka telah mendedahkan satu lagi ciri yang dimiliki oleh Vivo X6. Vivo X6 akan hadir dengan satu teknologi pengecasan yang baru

Gambar baru ini memberikan petunjuk Vivo X6 akan hadir dengan teknologi pengecasan yang mempunyai dua cip pengecasan yang membolehkan pengecasan telefon pintar ini dilakukan dua kali lebih pantas.

Buat masa ini masih tiada sebarang maklumat mengenai teknologi pengecasan yang dibangunkan Vivo ini iaitu seperti kadar kepantasan dan apakah ciri keselamatan yang digunakan.

Walaubagaimanapun, teknologi in dilhat mempunyai persamaan dengan teknologi pengecasan pantas VOOC yang dimiliki oleh OPPO.

Selain itu, Vivo X6 dijangka akan hadir dengan skrin paparan QHD 6.0-inci ( teknologi Force Touch), pemproses Helio X10, 4GB RAM, kamera utama 21MP, kamera selfie 12MP dan bateri berkapasiti 4,000mAh.

vivo x6

Selain pendedahan ciri telefon pintar ini, tinjaun kami di akaun Weibo milik Vivo juga telah mendedahkan satu gambar telefon pintar yang disahkan adalah model Vivo X6.

Vivo hari ini telah mengesahkan bahawa model X6 ini akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung bulan ini iaitu pada 30 November.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.