TM akan memperkenalkan e-bil mulai Januari 2016
Bagi pelanggan Telekom Malaysia (TM) mulai Januari 2016, TM akan memperkenalkan pengunaan e-bil bagi semua pelanggan perkhidmatan jalur lebar iaitu Streamyx dan UniFi.
Pelanggan pelan jalur lebar ini akan menerima bil-bil bulanan mereka secara percuma melalui e-mel dan khimat pesanan ringkas (SMS).
Selain itu, pelanggan TM juga boleh menyemak e-bil mereka melalui portal TM yang turut akan memberikan anda maklumat bil bagi tempoh enam bulan terdahulu.
Langkah pengenalan e-bil ini adalah TM selaras dengan ke arah gaya hidup digital dan ke arah masa depan yang lebih hijau dan mesra alam.
Sebagai persediaan awal, TM telah menggalakkan kesemua pelanggan Streamyx dan UniFi untuk mengemas kini alamat emel dan nombor telefon mereka melalui tiga kaedah iaitu menghantar emel kepada help@tm.com.my, membuat kemaksini di TMpoint atau menghubungi TM di talian 100.
Walaubagaimanapun, pelanggan jalur lebar Streamyx dan UniFi yang masih mahu menerima bil bulanan melalui pos juga boleh mendaftarkan dan penghantaran bil melalui pos ini akan dikenakan RM2 sebulan.
Selain itu, bagi pelanggan telefon TM pula, mereka akan sentiasa menerima bil bulanan mereka melalui pos tanpa sebarang caj namun TM menggalakkan mereka juga mendaftarkan nama mereka bagi menerima e-bil melalui emel dan SMS. Setakat ini 180,000 pelanggan telefon TM telah menyertai insiatif ini.
Dengan sistem e-bil TM, pelanggan juga akan menerima salinan pdf bil bulanan mereka dengan lebih cepat iaitu hanya 4 hari selepas tarikh bil mereka melalui emel dan dalam masa 7 hari melalui SMS.
TM percaya langkah pelaksanaan e-bil ini merupakan cara yang lebih mudah, selamat dan mesra alam dan syarikat ini komited untuk memberikan pengalaman digital yang lebih menyeluruh.