Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S7 & S7 Edge akan dilancarkan 21 Februari

Samsung Galaxy S7 & S7 Edge akan dilancarkan 21 Februari 1

image

Majlis pelancaran Samsung Unpacked 2016 yang akan menyaksikan Samsung memperkenalkan generasi baru telefon pintar utama siri Galaxy iaitu Galaxy S7.

Kebiasaanya, majlis Unpacked Samsung ini akan berlaku sehari sebelum Mobile World Congress ( MWC) bermula dan tahun ini tidak terkecuali.

MWC yang akan diadakan di Barcelona akan bermula pada 22 Februari 2016 dan ini bermaksud Majlis Pelancaran Samsung Unpacked 2016 akan diadakan pada 21 Februari.

Selepas dilancarkan pada 21 Februari, Galaxy S7 bersama kembarnya S7 Edge akan membuat penampilan rasmi di sidang MWC.

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan Samsung Galaxy S7 akan dilancarkan pada bulan Januari namun tarikh terbaru ini dilihat sesuatu yang boleh diterima.

Samsung Galaxy S7 dijangka akan hadir dengan beberapa versi pemproses, versi premium Galaxy S7 dijangka akan hadir dengan pemproses Exynos 8990 yang baru dilancarkan manakala versi yang lagi satu dijangka akan hadir dengan pemproses Snapdragon 820.

Samsung Galaxy S7 dan S7 Edge dijangka akan hadir dengan skrin paparan QHD 5.2-inci dan 5.8-inci dengan kapasiti RAM 3GB dan 4GB.

Dengan kejatuhan nilai ringgit yang mendadak, Samsung Galaxy S7 dijangka akan mempunyai harga penjualan yang lebih tinggi.

walaubagaimanapun, terdapat juga khabar angin yang mengatakan Samsung akan mengurangkan harga penjualan model telefon pintar Samsung Galaxy dan Galaxy S7 Edge supaya mampu memberikan persaingan kepada telefon pintar dari pengeluar China seperti Xiaomi, Huawei, Vivo Meizu dan banyak lagi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.