Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple dijangka melancarkan iPhone Mini awal tahun 2016

Apple dijangka melancarkan iPhone Mini awal tahun 2016 1

apple -iphone-7-screen-sizes

Apple iPhone Mini telah diperkatakan sejak sebelum pelancaran iPhone 6 Plus dengan skrin paparan 5.5-inci setahun lalu. Penganalisa terkenal KGI Securities, Ming-Chi Kuo percaya Apple mampu menjual hampir 20-30 juta unit iPhone Mini dengan skrin paparan 4.0-inci.

Kuo percaya iPhone Mini ini akan hadir dengan reka bentuk berasaskan besi sama seperti iPhone 5s, pemproses Apple A9 dan sebagai membezakannya dengan model utama, tiada sokongan 3D Touch.

Kuo juga percaya Apple akan memberikan kontrak pengeluaran iPhone Mini kepada Foxconn didalam 6 bulan pertama tahun hadapan. Penganalisa terkenal ini juga berkata Apple akan menawarkan lebih banyak perbezaan antara iPhone 7 dan iPhone 7 Plus, iPhone 7 Plus mungkin hadir dengan kapasiti RAM yang lebih tinggi berbanding iPhone 7.

Penganalisa percaya, langkah ini adalah yang terbaik untuk Apple dan ini tidak bermaksud pentadbiran di Apple setuju sebulat suara.

Jika berdasarkan pasaran, telefon pintar dengan skrin paparan 4-inci yang hadir dengan spesifikasi yang baik boleh dikatakan sudah pupus namun jika Apple mengeluarkan iPhone Mini pada tahap harga yng sesuai kami pasti model ini akan mencapai penjualan yang baik.

sertai peraduan Like & Menang kami di Facebook untuk peluang memenangi satu unit telefon pintar bernilai RM 299, sertainya disini > MobileFokus Facebook

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.