Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo Xplay 5S dijangka mempunyai kenipisan hanya 4mm

Vivo Xplay 5S dijangka mempunyai kenipisan hanya 4mm 1

vivo-xplay-5s-leak-03

Pelancaran generasi terbaru telefon pintar utama daripada Vivo telah lama tertunggak dan nampaknya telefon pintar terbaru syarikat ini akan mempunyai kenipisan yang sangat menggagumkan.

Berdasarkan beberapa gambar asli telefon pintar Vivo Xplay 5S yang dibandingkan dengan Vivo X5 Pro, Vivo dilihat akan menampilkan Xplay 5S dengan reka bentuk yang sangat nipis iaitu hanya 4mm.

Dengan kenipisan 4mm, Vivo harus diberikan pujian kerana model ini dilihat bakal tampil dengan spesifikasi yang sangat baik.

Selain itu, walaupun dikatakan mempunyai kenipisan 4mm, Vivo Xplay 5S akan mempunyai jack 3.5mm dan kamera belakang model ini juga tidak akan terbujur keluar.

Selain kenipisan yang sangat nipis, Vivo Xplay 5S juga dilihat akan menjadi telefon pintar pertama dipasaran untuk hadir dengan 1GB RAM khas untuk grafik.

Pendedahan ini juga selari dengan dakwaan daripada Vico yang mendedahkan bahawa model telefon pintar terbaru mereka adalah sesuatu yang ‘pantas’.

Reka bentuk Vivo Xplay 5S ini dilihat masih berasaskan model sebelum ini iaitu menggunakan panel gelas dibahagian hadapan dan belakang selain rangka besi diantara kedua gelas ini.

Vivo Xplay 5S dijangka akan dilancarkan didalam masa terdekat dan kita mungkin dapat menyaksikan model ini dilancarkan didalam minggu ini.

sumber : Gizmochina

vivo-xplay-5s-leak-2 vivo-xplay-5s-leak-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.