OnePlus X dilancarkan secara rasmi – dari RM1062
OnePlus X dilancarkan secara rasmi – dari RM1062
Pengeluar telefon pintar ‘flagship killer’ bagi tahun 2015 dan 2016 iaitu OnePlus kini kembali dengan satu lagi model baru iaitu OnePlus X iaitu hanya dua bulan selepas pelancaran OnePlus Two.
OnePlus X akan hadir dengan harga penjualan yang lebih berpatutan dan adalah satu peranti kompak yang lebih memfokuskan kepada rekaan yang premium berasaskan gelas pada bahagian belakang.
Dari segi spesifikasi OnePlus X hadir dengan skrin paparan AMOLED HD Penuh 5.0-inci, pemproses Snapdragon 801 ( yang berusia hampir 18 bulan namun masih mempunyai reputasi yang baik), 3GB RAM dan 16GB memori dan buat pertama kali dalam telefon pintar OnePlus, slot microSD disertakan dengan sokongan sehingga 128GB, bateri berkapasiti 2,525 mAh.
Selain itu, OnePlus X juga akan hadir dengan sokongan dwi-SIM, kamera utama 13MP, kamera selfie 8MP dan hadir dengan slot USB biasa dan bukanya USB Type-C seperti pada OnePlus Two
Selain itu, OnePlus X juga kehilangan butang home sekaligus kehilangan sensor pengesan capjari.
dari segi perisian pula, OnePlus X hadir dengan sistem operasi Android 5.5.1 yang dengan OxygenOS.
Selain versi biasa yang akan ditawarkan pada harga $249 ( RM1062), satu versi seramik dengan harga penjualan $289 ( RM1233 ) juga akan ditawarkan namun hanya 10,000 unit akan dikeluarkan.
Apabila mendengar nama OnePlus anda pasti teringat akan sistem pembelian secara jemputan yang dikenalkan oleh syarikat ini dan nampaknya OnePlus X juga akan dijual melalui kaedah yang sama.
Penjualan OnePlus X akan bermula pada 5 November bagi pasaran Eropah dan India manakala versi seramik yang terhad hanya akan dijual mulai 24 November.
Bagi pasaran Malaysia, tiada sebarang maklumat mengenai pelancaran model ini ke pasaran tempatan namun jika ianya memasuki pasaran Malaysia, OnePlus X mungkin ditawarkan oleh Maxis.
sumber pocketnow