Xiaomi MIUI 7 akan ditawarkan minggu hadapan
Kemaskini global bagi sistem operasi terbaru daripada Xiaomi iaitu MIUI 7 akan bermula pada 27 Oktober iaitu Selasa hadapan.
Seperti telefon pintar Xiaomi yang sering dikaitkan dengan produk keluaran Apple, sistem operasi MIUI ini juga tidak terlepas daripada perbandingan dengan sistem operasi iOS namun syarikat ini mendakwa mereka mempunyai reka bentuk mereka yang tersendiri.
MIUI 7 telah dilancarkan pada bulan Ogos yang lalu dan kini dilihat sudah bersedia untuk ditawarkan kepada pengguna setia MIUI. MIUI 7 ini adalah satu sistem operasi yang akan menawarkan pengunaan yang lancar dan prestasi yang lebih pantas berbanding versi MIUI sebelum ini.
MIUI 7 ini hadir dengan waktu tindak balas yang 30% lebih pantas, jangka hayat bateri 10% lebih baik dan 50% penjimatan kuota internet. Penjimatan internet yang ditawarkan oleh Xioami melalui MIUI 7 ini pasti mendapat sambutan baik kerana ianya mampu mengurangkan pengunaan data telefon pintar mereka. Ciri ini adalah hasil kerjasama Xiaomi dengan Opera melalui aplikasi OperaMax.
Berikut adalah peranti Xiaomi yang telah disahkan akan menerima kemaskini MIUI 7.