Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Note 5 kini hadir didalam dua warna baru

Samsung Galaxy Note 5 kini hadir didalam dua warna baru 1

samsung-galaxy-note-5-malaysia-sapphire-black-and-titanium-silver

Samsung Galaxy Note 5 yang telah memasuki pasaran tempatan awal bulan lalu bersama-sama Galaxy S6 Edge+ kini ditawarkan didalam dua warna baru iaitu warna hitam sapphire dan perak titanium menyertai 2 warna yang ditawarkan sebelum ini iaitu emas dan putih.

Dengan penawaran dua warna baru ini, Samsung kini menawarkan keempat-empat warna bagi Galaxy Note 5 di pasaran Malaysia dan harga penjualan kesemua model ini adalah sama iaitu RM 2699 bagi versi 32GB.

Bagi anda yang berminat untuk memiliki Galaxy Note 5, Samsung akan mengadakan ‘roadshow’ khas dimana anda boleh menukar peranti lama anda kepada Galaxy Note 5 dengan kadar diskaun yang berpatutan. berikut adalah maklumat ‘roadshow’ Samsung di seluruh negara.

samsung-galaxy-note-5-roadshow

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.