Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lazada menawarkan Google Chromecast pada harga RM 139

lazada-malaysia-google-chromecast-offer-mycybersale

Lazada Malaysia sempena penjualan atas talian #mycybersale kini menawarkan dongle Google Chromecast pada harga yang lebih menarik berbanding harga penjualan asal RM 179.

Dengan pembelian Chromecast ini anda juga akan menerima langganan iFlix selama satu tahun secara percuma (bernilai RM 96).

lazada-malaysia-google-chromecast-offer-mycybersale-2

Jika anda masih tidak tahu apakah fungsi Chromecast ini, ianya adalah peranti yang membolehkan anda mengakses internet pada TV anda dengan syarat TV anda mempunyai slot HDMI. Anda hanya perlu memasukan Chromecast ini pada slot HDMI TV anda dan sambungkan kepada WiFi sebelum menikmati video dan aplikasi kegemaran didalam telefon pintar anda pada skrin yang lebih besar.

lazada-malaysia-google-chromecast-offer-mycybersale-1

Anda juga boleh melakukan perkara lain tanpa menggangu aktiviti yang disiarkan oleh TV melalui Google Chromecast.

Lazada Malaysia kini menawarkan Google Chromecast berserta langganan iFlix secara percuma selama setahun pada harga RM 139 sahaja.

dapatkanya disini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.