Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenPad 8.0 & 10.0 akan ditawarkan di Malaysia minggu ini

asus-zenpad-s-8.0-1024x1024

Pengedar rasmi produk Asus di Malaysia iaitu Dynami Distribution telah mengumumkan bahawa Asus ZenPad 8 akan mula ditawarkan di Malaysia bersama-sama Asus ZenPad 10 minggu ini.

Perkara ini juga telah disahkan sendiri oleh Asus Malaysia dan harga penjualan bagi Asus ZenPad 8.0 adalah RM 829 namun harga penjualan bagi ZenPad 10 masih belum didedahkan.

Berikut adalah spesifikas Asus ZenPad 8.0

  • Skrin IPS paparan 8 inci 1280×800
  • Pemproses Qualcomm Snapdragon 410
  • 2GB RAM dan 16GB memori simpanan dalaman
  • 8MP kamera utama dan 2MP kamera selfie
  • Sokongan 4G LTE
  • Android 5.0 Lollipop dengan ZenUI

asus-zenpad-8-1-1024x1024

Dalam pada itu, bagi Asus ZenPad 10 pula, antara spesifikasi yang diketahui akan dimiliki oleh model ini adalah skrin paparan WXGA 10.1-inci, sistem operasi Android 5.0 Lollipop dengan ZenUI dan bateri 18Wh.

Kami akan memberikan anda maklumat penuh mengenai kedua-dua model ini apabila ianya dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.