Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate S bakal dilancarkan di Malaysia

huawei mate s

Huawei Malaysia melalui akaun Facebook mereka telah mendedahkan bahawa Huawei Mate S yang dilancarkan di IFA 2015 bakal tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Huawei Mate S hadir dengan skrin paparan AMOLED 1080p berukuran 5.5-inci yang turut dilapisi oleh gelas keselamatan Gorilla Glass 4 2.5D daripada Corning, pemproses Kirin 935, 3GB RAM dan dengan dua pilihan kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 32GB dan 64GB.

Selain itu, Huawei Mate S hadir dengan kamera BSI 13MP RGWB yang mempunyai OIS yang sangat efisen. OIS pada Mate S ini mampu memperbetulkan pergerakan sehingga 1.2 darjah. Selain itu, Mate S turut dilengkapi dengan kamera 8MP f/2.4 dan turut mempunyai lampu flash LED.

Selain itu, Mate S juga mempunyai sensor pengesan cap jari yang diletakkan pada bahagian belakang, bateri berkapasiti 2,700mAh, sistem operasi Android 5.1.1 Lollipop dengan UI Huawei EMUI3.1 dan NFC.

Huawei Malaysia tidak mendedahkan sebarang maklumat harga model telefon pintar ini namun segala persoalan mengenai model ini dijangka akan terjawab apabila sidang pelancaran tempatan diadakan di sini kelak.

1 thought on “Huawei Mate S bakal dilancarkan di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.