Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pencabar Apple AirPods dengan harga RM 160 akan ditawarkan mulai 12 September ini

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pengeluar telefon pintar telah mula menyingkirkan penawaran slot audio 3.5mm pada model-model utama dengan peralihan kepada pengunaan slot USB-C atau port Lightning pada peranti Apple.

Dengan kepupusan slot audio 3.5mm semakin menjadi realiti yang harus kita terima, ini telah membuka ruang untuk pasaran peranti audio tanpa wayar yang membolehkan anda mendengar muzik dan menjawab panggilan dengan mudah.

Peranti pendegaran tanpa wayar kini dilihat sebagai sesuatu yang penting memandangkan anda tidak boleh menggunakan slot ini ketika peranti anda sedang dicas dan tidak menawarkan mobiliti yang baik (peranti pendengaran berwayar yang disertakan bersama telefon pintar).

Pada permulaan, Airpod daripada Apple dilihat sebagai penanda aras bagi pasaran peranti pendengaran khususnya kerana reka bentuk yang unik dan kotak pengecasan khas peranti ini.

Walaubagaimanapun, harga penjualan Apple Airpod yang bernilai hampir RM 700 sudah pastinya tidak mampu dimiliki oleh semua orang dan ianya hanya boleh digunakan bersama peranti Apple sahaja.

Ini telah membuka ruang bagi syarikat baru seperti Padmate untuk memasuki pasaran dengan penawaran peranti audio tanpa wayar yang menyaksikan generasi pertama peranti audio yang dikenali PaMu 1.0 berjaya memperoleh peruntukan hampir $1 juta melalui kempen IndieGogo.

Pada bulan September ini, PadMate akan memperkenalkan generasi kedua peranti audio yang dikenali sebagai PaMu Scroll dan ianya akan turut ditawarkan di Indiegogo.

Apa yang menarik adalah, harga penjualan PaMu Scroll ini adalah hanya $39 (RM 160) yang jauh lebih rendah dari harga runcit apabila peranti ini mula ditawarkan secara komersial kelak.

Pada 12 September ini, PaMu Scroll akan mula ditawarkan di Indiegogo dan ianya adalah peranti yang hadir dengan Bluetooth 5.0 dan boleh digunakan bersama peranti iOS dan juga Android tanpa sebarang masalah.

Kami akan berkongsi pautan pembelian PaMu Scroll apabila kempen di Indiegogo telah bermula pada 12 September ini.

Nantikan ulasan eksklusif PaMu Scroll di MobileFokus tidak lama lagi.

maklumat lanjut mengenai PadMate PaMu Scroll boleh anda ketahu di SiNi

Comments

comments