Anker eufy Perkenal Pam Susu Badan Mudah Alih dengan Teknologi Pemanas di Farmasi Terpilih

Anker eufy memperkenalkan rangkaian pam susu badan mudah alih menerusi kerjasama dengan rangkaian farmasi Serene dan Stellar di Puchong, sekali gus memudahkan ibu mendapatkan produk penyusuan yang berkualiti melalui saluran jualan yang dipercayai.

Menerusi kerjasama ini, Wearable Breast Pump S2 Pro dan Wearable Breast Pump E20 menjadi antara pam susu badan mudah alih pertama yang dilengkapi teknologi pemanas dan ditawarkan di farmasi terpilih. Pembelian melalui saluran ini turut memberikan jaminan ketulenan produk, sokongan ahli farmasi serta perlindungan waranti.
Kedua-dua produk ini direka untuk memberikan pengalaman mengepam susu yang lebih selesa dan efisien menerusi dua teknologi utama. HeatFlow™ menawarkan fungsi urutan haba yang membantu mengurangkan ketidakselesaan seperti saluran susu tersumbat dan sakit payudara, selain berpotensi meningkatkan penghasilan susu sehingga 35%.
Sementara itu, teknologi VibraPump™ membantu memendekkan tempoh mengepam sehingga 30%, sekali gus memberikan lebih fleksibiliti kepada ibu yang perlu mengimbangi urusan keluarga, kerja dan rutin harian.
Menurut Jasmine Pan, Country Manager Anker Malaysia, kerjasama ini mencerminkan komitmen Anker eufy untuk menyediakan penyelesaian penyusuan bertaraf profesional yang lebih mudah diakses, selain membantu ibu membuat pilihan dengan lebih yakin.
Anker eufy turut memperkenalkan eufy Mom’s Club MY, sebuah inisiatif komuniti yang menyediakan ruang untuk perkongsian ilmu, pendidikan penyusuan susu ibu dan hubungan antara golongan ibu.
Dari segi promosi, pelanggan boleh mendapatkan rangkaian pam susu badan Anker eufy pada harga bermula RM799, berserta hadiah tambahan bernilai sehingga RM299, sementara stok masih ada.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian, pelanggan boleh melayari kedai rasmi Anker eufy di Shopee atau pautan berikut:
- Anker eufy Breast Pump S2 Pro: https://shop.eufy.com/s2propr
- Anker eufy Breast Pump E20: https://shop.eufy.com/e20pr




