HONOR Magic9 Pro Max Sold Out Dalam Sehari, Permintaan Pengguna Malaysia Luar Biasa

Screenshot
HONOR Magic9 Pro Max yang dinanti-nantikan telah habis ditempah dalam tempoh hanya satu hari selepas kempen Early Bird Exclusive dibuka pagi tadi. Pencapaian ini mengatasi rekod tempahan awal yang dicatatkan oleh model terdahulunya, sekali gus membuktikan permintaan yang lebih tinggi dalam kalangan pengguna di Malaysia terhadap Magic9 Pro Max.
Sambutan luar biasa ini mencerminkan minat pengguna Malaysia terhadap keupayaan pengimejan sinematik termaju yang dibangunkan bersama ARRI. Teknologi ini membawakan pengalaman penggambaran bertaraf profesional terus ke dalam genggaman pengguna. HONOR turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sokongan dan keyakinan yang diberikan terhadap Magic9 Pro Max.
Bagi mereka yang masih belum berpeluang mendapatkan HONOR Magic9 Pro Max, tidak perlu bimbang. HONOR memberi jaminan bahawa stok mencukupi akan disediakan sepanjang tempoh pra-tempahan akan datang, sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai pengguna untuk menikmati keupayaan pengimejan sinematik yang ditawarkan peranti ini.
Jangan Terlepas Pelancaran Rasmi!
Majlis pelancaran rasmi HONOR Magic9 Pro Max akan disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook HONOR Malaysia pada jam 3:00 petang. Pengguna di Malaysia boleh mengikuti siaran tersebut untuk menyaksikan pendedahan penuh spesifikasi telefon pintar ini serta beberapa pengumuman menarik yang turut akan dibuat sepanjang acara berlangsung.
Video Muzik Tahun Baharu Cina Astro 2027 Dirakam Sepenuhnya Menggunakan HONOR Magic9 Pro Max
Dalam perkembangan berkaitan, bagi memperlihatkan keupayaan pengimejan sinematik HONOR Magic9 Pro Max, telefon pintar ini telah digunakan untuk merakam video muzik Tahun Baharu Cina Astro 2027.
Kerjasama ini turut menandakan kali pertama dalam tempoh dua dekad Astro menggunakan teknologi sinematografi telefon pintar untuk menghasilkan video muzik Tahun Baharu Cina mereka.
Baca : HONOR Magic9 Pro Max: 6 Sebab Mengapa Ia Raja Pengimejan Sinematik

