Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V80 Dilancarkan di Malaysia, Tampil Dengan Kamera ZEISS 50MP dan Bateri 7,200mAh

vivo V80 Dilancarkan di Malaysia, Tampil Dengan Kamera ZEISS 50MP dan Bateri 7,200mAh 1

vivo V80 Dilancarkan di Malaysia, Tampil Dengan Kamera ZEISS 50MP dan Bateri 7,200mAh 2

vivo secara rasminya telah memperkenalkan vivo V80, untuk pasaran Malaysia dengan tumpuan kepada kemampuan fotografi menerusi sistem kamera ZEISS, selain menawarkan reka bentuk premium, skrin AMOLED dengan kadar segar semula tinggi dan kapasiti bateri yang besar.

vivo V80 Dilancarkan di Malaysia, Tampil Dengan Kamera ZEISS 50MP dan Bateri 7,200mAh 3

Sebagai model premium dalam siri V, vivo V80 membawa beberapa peningkatan menarik khususnya dari aspek pengimejan. Ia dilengkapi sistem tiga kamera belakang hasil kerjasama dengan ZEISS yang terdiri daripada kamera utama 50MP Sony LYTIA 700V dengan sokongan Optical Image Stabilisation (OIS), kamera telefoto ZEISS 50MP Sony IMX882 dengan OIS serta zum optikal 3x, dan kamera ultra lebar 8MP.

Untuk fotografi potret, vivo turut membawakan ciri ZEISS 100mm Center-Stage Portrait yang membolehkan pengguna menghasilkan gambar potret dengan perspektif lebih dekat serta kesan bokeh yang menarik. Ia turut menyokong beberapa gaya fotografi ZEISS termasuk Planar Style Bokeh.

Di bahagian hadapan, vivo V80 dilengkapi kamera swafoto 50MP dengan sokongan autofocus, sesuai untuk pengguna yang gemar mengambil gambar swafoto dan menghasilkan kandungan video. Peranti ini juga menyokong rakaman video sehingga resolusi 4K pada 60fps.

Dari segi paparan, vivo V80 menggunakan skrin AMOLED berukuran 6.59 inci dengan resolusi 1.5K serta kadar segar semula sehingga 144Hz. Paparan ini turut menawarkan kecerahan puncak setempat sehingga 5,000 nits untuk memastikan kandungan kekal jelas dalam keadaan pencahayaan terang.

vivo V80 Dilancarkan di Malaysia, Tampil Dengan Kamera ZEISS 50MP dan Bateri 7,200mAh 4

vivo V80 dijana cip pemproses Qualcomm Snapdragon 7 Gen 4 bersama 8GB RAM dan storan dalaman dari 128GB. Ia juga memiliki bateri BlueVolt 7,200mAh bersama pengecasan pantas 90W FlashCharge.

Dari aspek reka bentuk, vivo V80 menampilkan binaan kaca satu bahagian dengan kemasan cold-carved glass dan modul kamera terapung. Pilihan warna yang diperkenalkan termasuk Starwish Purple, Wander Green dan Vast Gray.

Antara ciri lain yang ditawarkan termasuk penarafan ketahanan air dan debu IP68 serta IP69, NFC, sensor cap jari ultrasonik dalam skrin dan sistem operasi OriginOS.

vivo V80 Dilancarkan di Malaysia, Tampil Dengan Kamera ZEISS 50MP dan Bateri 7,200mAh 5

vivo V80 kini boleh diprapesan di Malaysia pada harga yang bermula dari RM2,399, berserta tawaran eksklusif prapesanan bernilai sehingga RM2,042.

vivo V80 Dilancarkan di Malaysia, Tampil Dengan Kamera ZEISS 50MP dan Bateri 7,200mAh 6

Sepanjang tempoh promosi sehingga 27 November 2026, pembeli berpeluang menikmati ganjaran bernilai sehingga RM2,042 yang merangkumi:

  • Rebat tunai RM200.
  • vivo All-in-One Gift Set bernilai RM518 yang mengandungi vivo Buds Air 3, power bank 10,000mAh dengan pengecasan 33W, V Selection Watch V5 dan Magnetic Phone Tripod.
  • Perlindungan vivo Care bernilai RM556.
  • Rebat tukar beli peranti lama sehingga RM300.
  • Diskaun RM150 melalui SPayLater atau PayLater by Grab dengan perbelanjaan minimum RM1,500.
  • Diskaun sehingga RM200 menggunakan Atome.
  • Rebat RM100 untuk pelan ansuran bank terpilih.

Selain itu, pembeli turut berpeluang menikmati langganan Google One 100GB selama enam bulan, Viu Premium selama tiga bulan serta diskaun pembelian aksesori IoT vivo.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.