Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme meriahkan Jualan 9.9 dengan diskaun sehingga 50% di Shopee, Lazada dan TikTok Shop

realme meriahkan Jualan 9.9 dengan diskaun sehingga 50% di Shopee, Lazada dan TikTok Shop 1

realme meriahkan Jualan 9.9 dengan diskaun sehingga 50% di Shopee, Lazada dan TikTok Shop 2

realme telah mengumumkan jualan 9.9 Double Digit realme, menawarkan diskaun hebat sehingga 50%*, promosi eksklusif platform, hadiah percuma serta penghantaran percuma menerusi kedai rasmi realme di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Sepanjang tempoh kempen dari 1 hingga 9 September 2026, pengguna boleh mendapatkan pelbagai model flagship dan kelas pertengahan pada harga promosi, selain menikmati hadiah menarik sepanjang tempoh kempen.

Bagi Shopee 9.9 Super Shopping Day yang bakal berlangsung dari 6 hingga 9 September 2026 akan menawarkan pengguna diskaun sehingga 50%, tambahan Shopee Cashback sehingga 18% serta baucar penghantaran percuma. Antara promosi menarik yang ditawarkan ialah:

– realme P4 Power 5G — Serendah RM1,802*
Percuma Techlife Buds bernilai RM99

– realme 16 Pro 5G (12GB+512GB) — Serendah RM2,207*
Percuma Smart Band dan Techlife Buds bernilai RM198

– realme C100 5G (4GB+256GB) — Serendah RM1,011*
Percuma Power Bank 22.5W bernilai RM99

Sementara itu, Lazada 9.9 Mega Sale yang bakal berlangsung dari 6 hingga 11 September 2026 pula akan menawarkan diskaun sehingga 50%, baucar platform sehingga 8% serta penghantaran percuma. Pengguna boleh mendapatkan:

– realme P4x — Serendah RM809*

– realme 16 Pro+ 5G — Serendah RM2,499*
Percuma Smart Band bernilai RM99

– realme C100x — Serendah RM999*

Di TikTok Shop pula, TikTok 9.9 Brands Festival yang berlangsung dari 1 hingga 9 September 2026, menawarkan diskaun sehingga 50%* bersama baucar penghantaran percuma. Antara model yang ditawarkan sepanjang promosi ini ialah:

– realme P4 Lite — Serendah RM499*

– realme C100i — Serendah RM599*
Percuma Power Bank 22.5W bernilai RM99

– realme Note 80 — Serendah RM499*

Daripada telefon pintar flagship yang memfokuskan prestasi sehinggalah model bernilai tinggi untuk kegunaan harian, realme 9.9 Double Digit Sale menawarkan pilihan telefon pintar yang menyeluruh dengan penjimatan menarik serta aksesori percuma.

Pengguna yang berminat boleh mengunjungi kedai rasmi realme di Shopee, Lazada dan TikTok Shop untuk menikmati promosi ini sementara stok masih ada.

Untuk perkembangan terkini, ikuti laman web rasmi dan saluran media sosial realme Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.