Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Bakal Anjur Galaxy Event Pada 27 Ogos, Galaxy S26 FE Dijangka Diperkenalkan

Samsung Bakal Anjur Galaxy Event Pada 27 Ogos, Galaxy S26 FE Dijangka Diperkenalkan 1

Samsung Bakal Anjur Galaxy Event Pada 27 Ogos, Galaxy S26 FE Dijangka Diperkenalkan 2

Samsung bakal meneruskan momentum siri Galaxy S26 dengan sebuah acara khas yang dijadualkan berlangsung pada 27 Ogos 2026 menerusi ‘Galaxy Event August 2026’.

Walaupun Samsung masih belum mendedahkan secara rasmi model yang bakal diperkenalkan, acara ini dijangka menjadi platform untuk memperkenalkan Galaxy S26 FE, sekali gus melengkapkan keluarga Galaxy S26.

Galaxy S26 FE dijangka membawa pengalaman utama daripada siri Galaxy S26, termasuk peningkatan pada aspek kamera, ciri-ciri berasaskan AI serta pengalaman perisian terkini melalui One UI. Peranti ini juga dijangka menawarkan beberapa ciri utama Galaxy S26 pada harga yang lebih mudah diakses.

Namun begitu, Samsung masih belum mengesahkan nama Galaxy S26 FE atau butiran spesifik peranti tersebut. Pengumuman rasmi pada acara berkenaan dijangka memberikan gambaran lebih jelas mengenai peranti yang bakal diperkenalkan.

Acara Galaxy Event August 2026 akan disiarkan secara langsung menerusi laman rasmi Samsung dan saluran YouTube Samsung, bermula 8 malam waktu Malaysia pada 27 Ogos 2026.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.