ULASAN : Anker Soundcore Liberty 5 Pro Max dan Liberty 5 Pro – Earbuds AI yang premium dan pintar

Anker Soundcore Liberty 5 Pro & Liberty 5 Pro Max
Pengenalan
soundcore, jenama audio pintar di bawah Anker Innovations merupakan jenama fon kepala tanpa wayar No.1 dunia, yang mempunyai 15 tahun pengalaman dalam membawakan inovasi terbaik dalam teknologi audio.
soundcore menawarkan pengalaman audio yang tulen dan intuitif menerusi kejuruteraan akustik termaju, merangkumi earbuds tanpa wayar, fon kepala over-ear, pembesar suara mudah alih serta peranti audio pintar. Jenama ini turut menampilkan teknologi teras seperti Adaptive Noise Canceling, High-Res Audio dan penyelesaian talaan audio tersuai.
Berpandukan slogan “Sound On, Move On”, soundcore kini mempunyai lebih 52 juta pengguna di lebih 100 negara, dengan lebih 85 juta unit terjual di seluruh dunia, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran audio arus perdana dan premium.
Dua model earbuds baharu yang dilancarkan ini adalah soundcore Liberty 5 Pro dan Liberty 5 Pro Max yang tampil dengan ANKER Thus yang merupakan cip audio AI neural-net compute-in-memory pertama di dunia yang direka untuk mentakrif semula kecerdasan audio pada peranti. Dengan menggabungkan seni bina CPU dan memori, Thus menawarkan kuasa pemprosesan 150 kali ganda lebih tinggi untuk prestasi yang lebih pantas, pintar dan efisien.
Teknologi ini membolehkan peningkatan ketara dalam penggunaan harian seperti panggilan lebih jelas pada persekitaran bising, Active Noise Cancellation yang lebih adaptif, keupayaan kawalan suara yang dipertingkatkan, prestasi Signature Sound yang lebih mantap serta kecekapan tenaga lebih baik untuk penggunaan lebih lama.
Satu lagi info menarik yang patut kami maklumkan adalah Soundcore Liberty 5 Pro telah diiktiraf sebagai pemegang Guinness World Records pada April 2026 sebagai “skor kualiti pertuturan tertinggi (G-MOS) untuk earbuds TWS (ujian objektif)”. Soundcore Liberty 5 Pro Max pula menggunakan unit earbuds yang sama, jadi ia memberikan prestasi panggilan yang sama (identical call performance).
Dalam ujian bebas oleh pihak ketiga, Soundcore Liberty 5 Pro telah mengatasi 13 pesaing flagship daripada jenama terkemuka. Walaupun di tempat yang paling mencabar seperti bar, jalan yang sibuk, dan stesen kereta api suara anda tetap kedengaran jelas.
Soundcore Liberty 5 Pro dan Liberty 5 Pro Max jelas diletakkan sebagai TWS flagship yang fokus pada kejelasan panggilan bertaraf dunia dan prestasi audio pintar berasaskan AI. Dengan perkongsian teknologi teras yang sama, kedua-duanya menawarkan pengalaman call yang hampir identik, dengan perbezaan utama hanya pada ciri tambahan pada model Pro Max.
Teruskan membaca ulasan ANKER Soundcore Liberty 5 Pro dan Liberty 5 Pro Max yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 699 dan RM 899.
Reka Bentuk
Dalam generasi terbaru earbuds premium Soundcore, fokus bukan sahaja pada kualiti bunyi, namun ianya juga diberikan kepada rekaan dan pengalaman penggunaan harian. Anker Liberty 5 Pro dan versi lebih premium iaitu Liberty 5 Pro Max berkongsi rekaan asas earbuds yang sama namun pendekatan reka bentuk adalah sedikit berbeza.
Anker Liberty 5 Pro membawa pendekatan rekaan yang lebih “selamat” dan praktikal. Ia masih mengekalkan identiti Soundcore dengan bentuk earbuds tanpa stem, tetapi dengan beberapa penambahbaikan ketara dari segi ergonomik.
Dalam pada itu, ANKER Liberty 5 Pro dan Liberty 5 Pro Max tampil dengan earbuds berbentuk oval yang lebih ergonomik namun ianya adalah sedikit lebih besar untuk memastikan kestabilan ketika dipakai. Ia turut dilengkapi dengan ear wings yang boleh tukar, menjadikannya lebih sesuai untuk aktiviti lasak seperti jogging atau gym. Kemasan matte dengan sedikit elemen glossy pula memberikan penampilan yang premium tanpa terlalu menonjol.
Bercakap mengenai eartip, ANKER amat bermurah hati dengan menawarkan sehingga 5 saiz eartip yang boleh disesuaikan mengikut bentuk telinga pengguna. Tidak lupa juga, earbuds Liberty 5 Pro dan Liberty 5 Pro Max juga hadir dengan penarafan kalis air dan habuk IP55 yang memberikan perlindungan daripada peluh dan hujan renyai.

Seterusnya, bekas pengecas pula tampil kompak dengan bentuk petak moden. Elemen paling menarik sudah pastinya skrin TFT berukuran 0.96-inci di bahagian depan, yang membolehkan pengguna mengawal fungsi asas seperti ANC, EQ, dan mod audio tanpa perlu membuka telefon. Bekas pengecasan juga hadir dengan mekansima bukaan yang berbeza berbanding kebanyakkan casing earbuds dipasaran dengan port pengecasan dibahagian belakang.

Jika Liberty 5 Pro lebih konservatif, Liberty 5 Pro Max tampil rekaan yang lebih unik dan berteknologi tinggi.
Rekaan earbuds Liberty 5 Pro Max adalah sama seperti Liberty 5 Pro, namun perbezaan besar adalah pada casing. Casing atau bekas pengecasan Liberty 5 Pro Max adalah lebih besar dan lebih tebal dengan paparan AMOLED bersaiz 1.78-inci sebagai tumpuan utama sekaligus mengubah fungsi casing daripada sekadar bekas pengecasan kepada sebuah mini smart device.
Dengan paparan ini, pengguna Liberty 5 Pro Max boleh melakukan pelbagai kawalan seperti kawalan muzik dan volume, menukar mod ANC dan mod bunyi serta akses tetapan pantas.
Lebih menarik, Pro Max turut menyokong fungsi rakaman suara dengan menggunakan casing, yang boleh disimpan dan diselaraskan ke telefon untuk tujuan nota atau transkripsi AI. Ini menjadikan casing Liberty 5 Pro Max ini bukan sekadar aksesori, tetapi satu alat produktiviti kecil.
Kawalan pada fon telinga ini dilakukan menerusi gesture swipe pada permukaannya swipe ke atas atau ke bawah digunakan untuk melaras tahap audio manakala fungsi untuk satu tap, dua tap dan tiga tap boleh ditetapkan pada aplikasi.
Lebih lanjut, ANKER Liberty 5 Pro lebih sesuai untuk pengguna yang mahu pengalaman “plug and play” tanpa gangguan manakala Liberty 5 Pro Max pula ditujukan kepada mereka yang mahu mencuba teknologi baru dan dengan kawalan berada di hujung jari tanpa perlu bergantung kepada telefon pintar.
Ciri-Ciri Audio
Aplikasi Soundcore
Walaupun kedua-dua earbuds terbaru Soundcore ini tampil dengan skrin yang sedikit sebanyak memudahkan akses kepada tetapan, ANKER masih menawarkan aplikasi Soundcore untuk Liberty 5 Pro dan Liberty 5 Pro Max yang tersedia untuk pengguna Android dan iOS.
Antara ciri yang menarik perhatian kami adalah HearID, iaitu ujian pendengaran yang direka untuk menghasilkan profil EQ berdasarkan kesesuaian pengguna. Selain itu, pengguna juga boleh mengakses equalizer eight-band bagi pelarasan audio yang lebih terperinci serta empat pilihan pratetap audio iaitu Powerful Bass, Clear Vocals, Calm & Soothing dan Balanced.
Di samping itu, aplikasi ini juga menyokong Dolby Audio yang menawarkan pengalaman bunyi spatial lebih imersif ketika mendengar muzik. Ciri head tracking turut disediakan, membolehkan kedudukan bunyi berubah mengikut pergerakan kepala pengguna untuk pengalaman audio yang lebih realistik.
ANKA – Pembantu AI baharu Soundcore
Selain itu, Soundcore Liberty 5 Pro dan Liberty 5 Pro Max juga hadir dengan pembantu AI yang dikenali sebagai ANKA yang merupakan pembantu AI baharu daripada Soundcore.
Anda boleh mengaktifkanya menerusi arahan suara “Hey Anka”, ia mampu menjawab pertanyaan, memberikan kemas kini cuaca serta mengendalikan kawalan asas audio secara bebas.
Selain itu, ciri yang dilihat lebih praktikal ialah fungsi terjemahan masa nyata yang boleh menterjemah perbualan secara terus melalui fon telinga dengan kadar latensi yang minimum. Terdapat juga mod terjemahan face-to-face untuk memudahkan komunikasi dua hala secara lebih lancar dengan sokongan bagi 100+ bahasa utama dunia.
Ciri AI ini dikuasakan oleh cip Thus baharu daripada Anker, yang dibangunkan khusus untuk pemprosesan AI secara terus pada peranti (on-device AI) dalam peranti kecil seperti fon telinga.
Pendekatan ini bukan sahaja menjadikan prestasi lebih pantas dan stabil, malah membantu mengurangkan penggunaan bateri berbanding pemprosesan berasaskan cloud.
Clear Calls
Soundcore Liberty 5 Pro dan Liberty 5 Pro Max menawarkan ciri Clear Class terbaik didunia dengan penggunaan cip AI Anker Thus dan sistem 10 sensor (termasuk 2 VPU), Ini membolehkan earbuds ini mengasingkan suara dan bunyi persekitaran dengan tepat menjadikan perbualan kekal jelas di tempat awam walaupun anda bercakap secara perlahan. Dalam persekitaran bising pula, ia memastikan kualiti panggilan yang jelas bagi kedua-dua pihak.
ANC
Soundcore Liberty 5 Pro Series menawarkan lima tahap ANC yang boleh dilaraskan melalui aplikasi, termasuk mod Adaptiveyang melaras pembatalan bunyi secara automatik mengikut persekitaran.
Pada tahap maksimum dan seal yang baik, earbuds ini mampu mengurangkan bunyi luar dengan purata hampir 84% dari segi kelantangan (Liberty 5 Pro Max pula didakwa mampu mengurangkan bunyi bising luar sehingga 83%).
Dolby Atmos
Dengan Dolby Atmos pengalaman audio pada Soundcore Liberty 5 Pro Series ini adalah lebih immersif terutamanya ketika menonton filem dimana bunyi terasa lebih luas dan “surround” dengan audio datang dari pelbagai arah, bukan sekadar kiri kanan sahaja. Ianya juga memiliki ciri Head Tracking yang mana bunyi audio adalah mengikut pergerakan kepala anda.
AI Note-Taker (Soundcore Liberty 5 Pro Max sahaja)
Ciri ini merupakan ciri yang unik pada model Soundcore Liberty 5 Pro Max dimana ciri AI Note-Taker boleh diaktifkan melalui rakaman pada skrin sentuh pada casing, dan anda boleh menekan butang pairing untuk menandakan mana-mana bahagian penting semasa rakaman bagi menyerlahkan bahagian tertentu dalam transkrip.
Selepas anda selesai merakam, audio yang dirakam akan dipindahkan secara automatik, dan aplikasi akan menjana transkrip serta nota mesyuarat. Ketepatan transkripnya boleh dikatakan setanding dengan apa yang ditawarkan oleh Gemini ketika merakam Google Meet.
Jika anda seseorang yang kerap menghadiri mesyuarat atau sesi temu duga, ia mempunyai potensi besar untuk membantu anda menjimatkan masa.
Jangka Hayat Bateri
Soundcore Liberty 5 Pro dan Liberty 5 Pro Max menawarkan sehingga 12 jam penggunaan apabila ciri ANC dimatikan, atau 6.5 jam dengan ANC diaktifkan. Jika digabungkan dengan bekas pengecas, jumlah penggunaan boleh mencapai sehingga 50 jam keseluruhan apabila ANC dimatikan, atau sehingga 28 jam dengan ANC diaktifkan.
Selain itu, pengecasan selama 5 minit juga akan memberikan anda sehingga 4 jam penggunaan dan pengecasan earbuds ini boleh dilakukan melalui USB-C atau pengecasan tanpa wayar Qi.
Penutup
Secara keseluruhannya, ANKER Soundcore Liberty 5 Pro dan Liberty 5 Pro Max membuktikan bahawa Soundcore kini bukan sekadar fokus pada bunyi semata-mata, tetapi juga pengalaman audio yang lebih pintar dan premium. Dengan gabungan Dolby Atmos, spatial audio, ANC yang lebih matang serta cip AI Thus terbaru, kedua-dua earbuds ini berjaya beri pengalaman mendengar yang lebih immersive untuk muzik, movie dan gaming.
Kalau anda mahukan earbuds yang seimbang dari segi harga, kualiti audio dan ciri moden, Liberty 5 Pro sudah cukup sesuai untuk anda. Tetapi bagi mereka yang mahukan pengalaman paling lengkap dengan AI audio processing yang lebih advanced serta prestasi premium maksimum, Liberty 5 Pro Max sudah pastinya lebih menyerlah.
Apa pun pilihan anda, adalah jelas bahawa Liberty 5 Pro Series ini menunjukkan Soundcore semakin serius mencabar jenama audio premium lain dalam kategori true wireless earbuds.
ANKER Liberty 5 Pro kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 699 manakala Liberty 5 Pro Max pula ditawarkan pada RM 899.
Dapatkan ANKER Soundcore Liberty 5 Pro Series di 🛒 Lazada
🛒 Shopee
















