Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

vivo V70 FE Bakal Tiba di Malaysia : Fesyen Bertemu Kuasa Sensor 200MP

vivo V70 FE Bakal Tiba di Malaysia : Fesyen Bertemu Kuasa Sensor 200MP 1

vivo V70 FE Bakal Tiba di Malaysia : Fesyen Bertemu Kuasa Sensor 200MP 2

vivo Malaysia sekali lagi menaikkan standard dari segi gaya dan inovasi dengan pelancaran vivo V70 FE, telefon pintar Edisi Fesyen terbaru dalam siri V.

vivo V70 FE menggabungkan reka bentuk moden yang elegan dengan keupayaan fotografi dan prestasi yang canggih. Dilengkapi dengan kamera utama 200MP OIS Ultra-Clear, ia membolehkan pengguna merakam setiap detik dengan kejelasan luar biasa, menjadikan pengalaman harian sebagai ekspresi gaya dan identiti diri.

Selain itu, vivo V70 FE hadir dengan sensor utama ultra-besar 200MP, menyokong AI 30x Super Zoom serta algoritma telefoto canggih untuk menangkap subjek jauh dengan detail yang mengagumkan. Untuk zoom melebihi 10x, AI Telephoto Enhancement membantu meningkatkan kejelasan imej, manakala penambahbaikan pada julat 3x hingga 9.9x memastikan gambar potret dan landskap lebih tajam secara automatik. Sama ada merakam bangunan, pemandangan, tumbuhan atau teks, setiap detail akan nampak lebih jelas.

Peranti ini juga menawarkan fleksibiliti kreatif yang lebih tinggi, dengan kejelasan yang masih terjaga walaupun selepas cropping. Pengguna boleh ubah komposisi daripada satu gambar kepada beberapa sudut berbeza tanpa kehilangan detail. Dari hasil gambar sinematik yang menonjolkan subjek, hingga pelarasan langit secara automatik apabila keadaan tidak ideal, semuanya boleh dilakukan dengan mudah untuk hasil yang cantik dan sedia dikongsi.

Dengan ciri Ultra-Clear Photo Crop, detail halus masih dikekalkan walaupun sehingga 900% zoom. Fungsi 200MP Ultra-Clear Printing pula menyokong cetakan sehingga 4 kali lebih besar berbanding output 50MP biasa, sambil mengekalkan kejelasan dan kedalaman imej. Melengkapkan pengalaman fotografi ialah 85mm Telephoto Portrait yang memberikan kesan latar belakang blur lembut dengan kompresi natural, sesuai untuk potret yang lebih ekspresif dan sinematik.

Dalam pada itu, warna utama pada vivo V70 FE yang diperkenalkan ialah Muse Purple, diinspirasikan daripada keindahan suasana subuh yang bergerak. Ia menggambarkan tarian bunga pada waktu pagi, dengan cahaya keemasan yang lembut menyinari kelopak ungu. Diilhamkan daripada mitologi Greek, “Muse” melambangkan kreativiti dan inspirasi. l

Lebih daripada sekadar warna, ia adalah simbol keunikan diri — sesuai untuk pengguna yang mementingkan gaya dan identiti peribadi melalui peranti mereka.

vivo V70 FE Bakal Tiba di Malaysia : Fesyen Bertemu Kuasa Sensor 200MP 3

Bagi menghidupkan elemen fesyen dan ekspresi diri, vivo telah bekerjasama dengan kumpulan wanita terkenal Malaysia, DOLLA, sebagai rakan rasmi vivo V70 FE. Kumpulan ini dikenali dengan gaya muzik yang berani, kehadiran pentas yang kuat serta fesyen yang unik, sekaligus mempengaruhi trend semasa.

Kolaborasi ini menunjukkan keserasian antara kedua-dua jenama, di mana vivo V70 FE sebagai telefon pintar edisi fesyen melengkapkan identiti DOLLA yang penuh gaya dan kreatif. Seperti mana DOLLA menggunakan muzik dan fesyen untuk bercerita, vivo V70 FE memberi peluang kepada pengguna untuk merakam dan berkongsi momen mereka dengan kualiti imej yang tinggi dan reka bentuk yang menonjol.

Nantikan pelancaran rasmi vivo V70 FE oleh vivo Malaysia yang bakal membawa pengalaman telefon pintar berkonsepkan fesyen kepada pengguna tempatan dalam masa terdekat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.