Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 16 Pro+ dan realme 16 Pro kini rasmi – tiba di Malaysia pada 6 April ini

realme 16 Pro+ dan realme 16 Pro kini rasmi - tiba di Malaysia pada 6 April ini 1

realme 16 Pro+ dan realme 16 Pro kini rasmi - tiba di Malaysia pada 6 April ini 2

realme telah mengesahkan bahawal realme 16 Pro Series akan tiba di Malaysia pada 6 April ini. realme 16 Pro Series tiba di pasaran tempatan selepas mencuri perhatian di pelancaran peringkat global awal tahun ini dengan kerjasama strategik bersama pereka industri terkenal dunia, Naoto Fukasawa,

Dua model telefon pintar kelas pertengahan premium ini yang akan tiba di Malaysia ialah realme 16 Pro+, realme 16 Pro.

realme 16 Pro+ dan realme 16 Pro kini rasmi - tiba di Malaysia pada 6 April ini 3
realme 16 Pro 5G

Dari segi reka bentuk, kedua-dua model menampilkan gaya moden dengan kemasan premium. Namun, terdapat sedikit perbezaan ketara pada paparan.

realme 16 Pro hadir dengan skrin flat AMOLED  bersaiz 6.78 inci, memberikan pengalaman tontonan yang selesa untuk penggunaan harian seperti media sosial dan video. Resolusinya sekitar 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz, menjadikan animasi dan scrolling terasa sangat lancar.

Manakala realme 16 Pro+ pula tampil lebih premium dengan skrin AMOLED melengkung bersaiz 6.8 inci. Selain menyokong 144Hz, model ini menawarkan tahap kecerahan yang jauh lebih tinggi, menjadikannya lebih jelas ketika digunakan di bawah cahaya matahari.

realme 16 Pro dikuasakan oleh cip MediaTek Dimensity 7300 Max manakala realme 16 Pro+ hafir dengan cip Qualcomm Snapdragon 7 Gen 4. Kedua-dua model turut dilengkapi sehingga 12GB RAM , storan dalaman sehingga 256GB (Pro) dan 512GB (Pro+) serta realme UI 7 (Android 16).

realme 16 Pro+ dan realme 16 Pro kini rasmi - tiba di Malaysia pada 6 April ini 4

Seterusnya, realme 16 Pro dilengkapi kamera utama 200MP dengan sokongan OIS serta kamera ultra-wide 8MP. realme 16 Pro+ pula menawarkan konfigurasi lebih lengkap. Selain kamera utama 200MP dan ultra-wide 8MP, ia turut dilengkapi kamera telephoto periskop 50MP dengan zoom optikal sekitar 3.5x.

Untuk kamera depan, kedua-dua model menggunakan sensor 50MP yang menyokong rakaman video sehingga 4K khas untuk vlogging dan panggilan video berkualiti tinggi.

Akhir sekali, realme 16 Pro dan realme 16 Pro+ dilengkapi bateri sebesar 7000mAh, yang jarang ditemui dalam kategori ini. Ianya turut menawarkan sokongan pengecasan pantas 80W.

realme 16 Pro+ dan realme 16 Pro kini rasmi - tiba di Malaysia pada 6 April ini 5

Tawaran Pra-Pesanan Eksklusif

Siri realme 16 Pro kini boleh ditempah dengan tawaran pra-pesanan menarik berlangsung dari 26 Mac hingga 10 April 2026. Dengan deposit serendah RM20, pelanggan boleh terus menempah peranti ini dan menikmati pakej hadiah eksklusif bernilai sehingga RM897* — termasuk Smart Band percuma, rebat RM100, waranti lanjutan satu tahun serta waranti retak skrin satu tahun.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.