TM Roh berkata bahawa Pengguna di Asia Tenggara dan Oceania mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap teknologi untuk menjadikan kehidupan lebih baik, dan Siri Galaxy S26 akan memberikan pengalaman pintar tahap seterusnya
Selepas pelancaran siri baharu Galaxy S di acara Galaxy Unpacked di San Francisco, TM Roh, Ketua Pegawai Eksekutif, Presiden dan Ketua Bahagian Device eXperience (DX) di Samsung Electronics telah mengetuai sesi panel kepimpinan, berkongsi pandangannya bersama media dari Asia Tenggara dan Oceania.
Menekankan permintaan tinggi terhadap teknologi di rantau ini, beliau menyatakan bahawa 9 daripada 10 golongan muda di Asia Tenggara menggunakan AI pada peranti mudah alih mereka setiap hari, manakala 7 daripada 10 pengguna percaya AI akan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Beliau berkata, “Asia Tenggara dan Oceania merupakan antara pasaran paling dinamik di dunia dan rantau yang paling pantas menerima inovasi AI,” sambil menegaskan bahawa keterbukaan dan semangat terhadap kemajuan teknologi menjadikan rantau ini mempunyai potensi besar serta bakal menjadi kawasan utama bagi pembangunan AI pada masa hadapan.
Mengambil kira kepelbagaian populasi dan landskap di rantau ini, TM Roh turut menegaskan kepentingan penyesuaian tempatan (lokalisasi), dengan berkongsi bahawa Samsung sedang mengoptimumkan Galaxy AI untuk bahasa, konteks dan persekitaran tempatan melalui tiga pusat R&D di Indonesia, Vietnam dan Filipina.
“Pelanggan Samsung di Asia Tenggara dan Oceania mempunyai jangkaan yang sangat tinggi terhadap teknologi terkini,” katanya. Bagi memenuhi keperluan dan permintaan pengguna di rantau ini, beliau menjelaskan bahawa “Galaxy S26 dibina untuk memberikan prestasi mudah alih paling berkuasa setakat ini, meningkatkan pengalaman kamera ke tahap seterusnya serta direka untuk membantu pengguna menyelesaikan tugasan harian dengan lebih pantas dan lebih semula jadi melalui Galaxy AI yang dipertingkatkan.”
Siri Galaxy S26 mewakili satu langkah penting dalam pendekatan AI agentik Samsung dengan mengurangkan usaha pengguna untuk menyelesaikan tugasan, di mana AI akan membantu secara senyap di latar belakang bagi memudahkan kehidupan harian.
TM Roh turut mendedahkan bahawa 67% daripada jualan Siri Galaxy S25 di Asia Tenggara dan Oceania adalah model Galaxy S25 Ultra, mencerminkan permintaan pengguna terhadap pengalaman mudah alih premium.

Beliau juga berkongsi bahawa jualan Siri Galaxy S25 di rantau ini telah mengatasi model terdahulu, dengan momentum jualan terus meningkat hasil ulasan penggunaan sebenar dan cadangan dari mulut ke mulut. Beliau merakamkan penghargaan tulus atas sokongan padu pengguna di rantau ini.
Seiring dengan jangkaan dan keterujaan pengguna di Asia Tenggara dan Oceania terhadap barisan baharu ini, Siri Galaxy S26 akan dilancarkan di lima pasaran dalam fasa pertama iaitu Thailand, Australia, Vietnam, Malaysia dan Singapura.



