Akan Datang: Tahap Privasi Baharu Samsung – Lima Tahun Dalam Pembangunan
Telefon pintar adalah ruang peribadi kita yang paling intim, tetapi kita kerap menggunakannya di tempat yang paling kurang privasi dan mudah dilihat orang lain. Di dalam bas, dalam lif, dan di mana sahaja kita beratur menunggu giliran, ‘hal peribadi digital’ kita boleh terlihat oleh sesiapa saja.
Apabila telefon pintar semakin disesuaikan dengan rutin serta keutamaan kita, kebimbangan tentang privasi juga semakin meningkat.
Sebab itulah Samsung bakal memperkenalkan satu lapisan privasi baharu untuk melindungi telefon anda daripada shoulder surfing di mana sahaja anda berada. Anda akan mempunyai ruang untuk menyemak mesej atau memasukkan kata laluan semasa dalam perjalanan yang sesak tanpa risau siapa yang mungkin sedang memerhati.
PIN dan kata laluan kekal tersembunyi daripada orang berhampiran, walaupun dalam persekitaran awam yang sesak
Perlindungan Fleksibel Dibangunkan Bertahun-tahun
Bukan semua memerlukan tahap privasi yang sama. Lapisan baharu ini memberi anda pilihan untuk menentukan apa yang paling sesuai. Anda boleh menyesuaikannya untuk meningkatkan perlindungan bagi aplikasi tertentu, atau ketika memasukkan butiran akses untuk bahagian yang lebih peribadi dalam telefon anda.
Dengan pelbagai tetapan untuk melaras tahap keterlihatan, anda boleh menghadkan apa yang orang lain dapat lihat berdasarkan tahap perlindungan privasi yang anda perlukan.
Tetapan privasi pada peringkat aplikasi yang boleh disesuaikan membantu memastikan hanya anda dapat melihat maklumat peribadi pada skrin
Anda juga boleh memilih untuk melindungi bahagian tertentu pengalaman anda, seperti notifikasi pop-up. Ia adalah pendekatan yang disesuaikan mengikut keperluan, yang boleh anda ubah atau matikan sepenuhnya — bukan perlindungan menyeluruh yang kaku.
Ia mengambil masa lebih lima tahun pembangunan, ujian dan penambahbaikan untuk tiba di tahap ini. Samsung mempelajari bagaimana orang menggunakan telefon pintar mereka, apa yang mereka anggap peribadi, dan bagaimana keselamatan sepatutnya berfungsi dalam kehidupan seharian. Hasilnya ialah gabungan perkakasan dan perisian yang ditala dengan tepat untuk melindungi anda tanpa mengganggu pengalaman penggunaan.
Pengguna boleh mengawal keterlihatan notifikasi pop-up di tempat awam
Standard Baharu untuk Privasi Mudah Alih
Ini adalah inovasi Galaxy terkini yang direka untuk memastikan keselamatan anda. Tiada privasi tanpa keselamatan yang kukuh. Selama lebih sedekad, Samsung Knox telah menyediakan lapisan perlindungan untuk peranti Galaxy — daripada perkakasan keselamatan khusus seperti Knox Vault hingga pertahanan ekosistem seperti Knox Matrix.
Perlindungan terkini ini dibina atas komitmen tersebut, memperkenalkan privasi pada tahap piksel.
Ini ialah privasi yang boleh anda lihat dan keselamatan yang boleh anda rasai — dan ia bakal tiba ke Galaxy tidak lama lagi.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, sila layari https://news.samsung.com/my/.

