realme umum kerjasama dengan RICOH IMAGING pada realme GT 8 Pro
realme telah mengumumkan kerjasama dengan RICOH IMAGING yang bakal diumumkan secara rasmi pada 14 Oktober ini di Beijing, China. Selepas empat tahun persiapan yang teliti, kerjasama ini diletakkan sebagai salah satu perkongsian pengimejan yang paling mendalam dalam industri.
Untuk menandakan peristiwa itu, kedua syarikat berdua telah mengeluarkan video “4 Years in One Snap”, mempamerkan perjalanan mereka dan membayangkan ciri-ciri fotografi baharu pertama yang dibangunkan bersama — khas untuk realme GT 8 Pro.
elemen yang menyatukan dua jenama, yang berasaskan pemahaman bersama tentang permintaan pengguna. realme melihat bahawa golongan muda bergelut dengan dua masalah utama dalam fotografi mudah alih: perkakasan yang semakin sama dan algoritma yang terlalu diproses yang menghilangkan keaslian foto.
Perkongsian ini bukan sekadar pelancaran produk—ia adalah pergerakan; memperluaskan budaya fotografi jalanan ke era mudah alih. “4 Years in One Snap” menandakan satu peristiwa penting, menggalakkan golongan muda untuk merakam dan meluahkan kehidupan mereka secara bebas
Perkongsian realme dan Ricoh GR ini bersedia untuk membuat penampilan sulung rasminya melalui GT 8 Pro yang revolusioner, yang membawa kepada era baharu fotografi jalanan mudah alih dan peminat Malaysia juga boleh menikmatinya tidak lama lagi.

