realme 15 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 18 September ini
realme 15 Series yang bakal dilancarkan di Malaysia pada 18 September ini telah disahkan akan hadir dengan sistem kamera revolusioner yang dibina pada konsep 3-dalam-1 yang menggabungkan fotografi gred profesional, rakaman video sinematik dan foto langsung dinamik dalam satu telefon pintar yang anggun.
Telefon AI Party ini akan tersedia untuk pra-pesanan mulai 18 September, dan pelanggan awal akan menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM1,346.
Dari 18 September hingga 27 September, pelanggan yang berminat boleh membuat pesanan di realme brand store yang berhampiran dengan deposit RM20. dan dapatkan percuma yang termasuk realme Buds T200 Lite, realme ice tumbler, rebat RM100, waranti lanjutan 1 tahun dan waranti retak skrin 1 tahun.
Menariknya, realme 15 Pro akan hadir dengan sistem tri-kamera ultra-jelas 50MP iaitu sensor utama Sony IMX896 bersama sensor ultra-lebar 50MP dan kamera selfie 50MP.
Selain itu, realme 15 Series juga memperkenalkan Mod AI Party. Ciri inovatif ini mengetik pada algoritma yang dioptimumkan untuk menangkap potret terang dalam keadaan pencahayaan yang mencabar. Bersama-sama dengan kesan pencahayaan eksklusif dan watermark kreatif, Mod AI Party memperkasakan pengguna muda untuk menghidupkan semula suasana parti melalui setiap gambar.
Selain itu, realme 15 Pro juga menyokong rakaman video 4K60fps pada ketiga-tiga lensa – utama, ultra lebar dan hadapan. Ianya juga hadir dengan ciri 2K Live Photo.
Saksikan siaran langsung pelancaran realme 15 Series pada 18 September 2025.



