Apple iPhone 17 dilancarkan dengan skrin 120Hz dan 2 sensor 48MP
Selain Apple iPhone 17 Pro Series dan Apple iPhone Air turut dilancarkan secara rasmi adalah iPhone 17 yang hadir dengan upgrade yang memberangsangkan.
Apple iPhone 17 memiliki skrin Super Retina XDR berukuran 6.3-inci dengan ProMotion 120Hz, Ceramic Shield 2 dan kecerahan maksima 3,000nits.
Sistem kamera iPhone 17 hanya memiliki dua sensor Fusion 48MP iaitu sensor utama 48MP dan sensor ultrawide 48MP yang turut menyokong fotografi makro.
Kamera selfie adalah sensor 18MP Centre Stage yang tidak lagi memerlukan anda menukar orientasi telefon pintar ketika mengambil selfie.
Seterusnya, Apple iPhone 17 juga hadir dengan cip 3nm Apple A19 , cip N1 yang membawa sokongan Wi-Fi 7 dan Bluetooth 6 dan Thread serta iOS 26.
Apple iPhone 17 akan ditawarkan didalam warna Lavender, Mist Blue, Sage, White, dan Black.
Berikut adalah harga Apple iPhone 17 di Malaysia
Apple iPhone 17 256GB – RM 3,999
Apple iPhone 17 512GB – RM 4,999








