Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Buds3 FE diumumkan secara rasmi- tiba di Malaysia pada 19 September ini

Samsung Galaxy Buds3 FE diumumkan secara rasmi- tiba di Malaysia pada 19 September ini 1

Samsung Galaxy Buds3 FE diumumkan secara rasmi- tiba di Malaysia pada 19 September ini 2

Samsung secara rasminya telah melancarkan earbuds terbaru didalam keluarga Galaxy FE Series isitu Galaxy Buds3 FE.

Samsung Buds3 FE hadir dengan rekaan yang sama seperti Galaxy Buds3 Pro iaitu rekaan blade stem  baharu Samsung dan eartip in-.ear. Ianya menampilkan pemacu dinamik bersama tiga mikrofon untuk pembatalan hingar aktif (ANC). Ia turut membawa  Bluetooth 5.4 dengan sokongan AAC, SBC dan Samsung Seamless Codec (SSC). Anda juga mendapat gandingan dual device connectivity bagi peranti Samsung, bunyi Hi-Fi 24-bit dan audio spatial.

Selain itu, Galaxy Buds3 FE juga menampilkan kawalan pinch dan swipe yang menawarkan akses bebas tangan kepada Google Gemini dan terjemahan langsung melalui Galaxy AI Interpreter. Ianya juga hadir sokongan Find My Earbuds serta penarafan kalis air dan habuk IP54.

Samsung Galaxy Buds3 FE diumumkan secara rasmi- tiba di Malaysia pada 19 September ini 3

Dalam pada itu,  setiap earbuds Galaxy Buds3 FE  memiliki bateri 53mAh manakala bekas pengecasan memiliki bateri 515mAh yang menawarkan sehingga 6 jam masa penggunaan dari earbuds dengan ANC diaktifkan atau sehingga 8.5 jam apabila ANC dimatikan. Bekas pengecasan pula menawarkan penggunaan sehingga 24 dan 30 jam. Pengecasan boleh dilakukan melalui bekas pengecasan dan atau melalui slot USB-C.

Akhir sekali, Galaxy Bud3 FE akan memasuki pasaran Malaysia bermula 19 September 2025.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.