realme kini memiliki 300 juta pengguna global – hampiri ulang tahun ke-7
realme sedang menghampiri ulang tahun ke-7 nya, dan jenama itu dengan bangganya telah mengumumkan pencapaian bahawa ianya kini mempunyai lebih dari 300 juta pengguna global, seperti yang disahkan oleh Counterpoint.
realme berjaya mencapai 100 juta pengguna pada 2021 dan 200 juta pada 2023, realme terus menerapkan semangatnya “Make it real.” mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu jenama telefon pintar yang paling pesat berkembang.
Sejak penubuhannya pada 2018, realme telah meletakkan pengguna muda secara strategik sebagai terasnya, bercita-cita untuk menjadi pempopular teknologi terkemuka untuk generasi muda.
Selain itu, realme secara konsisten melebihi jangkaan pengguna dengan memperkenalkan teknologi termaju yang meningkatkan pengalaman pengguna dalam permainan, fotografi, aktiviti luar dan minat lain yang didorong oleh belia.
Barisan produk realme yang pelbagai juga memenuhi belanjawan dan gaya hidup yang berbeza. Daripada realme GT Series kelas flagship kepada realme Number Series kelas mid-range serba boleh dan C Series mesra bajet, setiap satu merangkumi komitmen realme terhadap kebolehcapaian, prestasi dan inovasi reka bentuk.
Selain produk, realme juga telah memupuk identiti tersendiri yang berakar umbi dalam budaya belia. realme komited untuk menjadi jenama telefon “coolest”. Untuk meneroka dan menarik minat golongan muda, realme secara aktif bekerjasama dengan jenama yang diiktiraf di peringkat global—seperti Lonely Planet, Dragon Ball & Naruto (anime), FreeFire (sukan) dan Aston Martin F1 Aramco Racing Team (automotif ). realme memperluaskan perkaitan jenamanya melangkaui teknologi ke dalam gaya hidup, hiburan dan komuniti.
Dalam pada itu, realme juga memupuk komuniti global yang bertenaga dengan lebih 15 juta peminat. Jenama ini kerap menganjurkan acara untuk melibatkan diri dan menyokong komuniti aktif ini.
Setiap tahun, realme meraikan ulang tahun penubuhannya pada 28 Ogos dengan Festival Peminat Global 828. Untuk tahun ini, realme Malaysia akan memberi ganjaran kepada peminatnya dengan pengaktifan luar talian dan kempen jualan yang menarik.

